Tenom 'memanggil' ,
Tambunan 'menjemput'
Sekolah Pengajian Seni
- 20-22 Disember 2013, Siswa siswi program Seni Kreatif major Penulisan tahun
dua telah mengadakan lawatan sambil belajar di Taman Pertanian Sabah, Tenom.
Seramai 75 orang pelajar telah mengikuti lawatan tersebut. Terdapat dua bas
yang digunakan oleh rombongan tersebut untuk pergi ke Tenom.
Namun, dalam perjalanan ke Tenom, bas yang mengangkut 34 orang pelajar telah terkandas berdekatan dengan pekan Tambunan. Disebabkan hari semakin gelap, mereka tidak dapat berbuat apa-apa tambahan pula bas yang dinaiki oleh mereka tidak mempunyai apa-apa alat kelengkapan untuk membaiki bas tersebut. Oleh yang demikian, mereka terpaksa menumpang di rumah pensyarah iaitu encik Addley Bromeo.
Manakala, rombongan yang selamat sampai di Tenom pula meneruskan segala aktiviti yang dirancang oleh ahli jawatankuasa aktiviti walaupun dihati mereka risau akan keadaan rakan-rakan yang terkandas di Tambunan. Pada 21 Disember bersamaan hari sabtu, rombongan yang terkandas di Tambunan selamat sampai di Tenom pada pukul 2 petang.

Selain daripada melawat
dan belajar, siswa-siswi juga menjadikan lawatan itu sebagai medium melepaskan
tekanan sambil bersantai-santai sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester
yang bakal menjelang.
![]() |
Pelajar yang terkandas di Tambunan. |
![]() |
Antara pelajar yang selamat sampai di Taman Pertanian, Tenom. |
Nur Razirah binti Tahir
No comments:
Post a Comment