Malaysia “Syurga Makanan” Harus Dikekalkan
Makanan sangat penting dalam kehidupan
manusia moden sekarang. Jenis makanan rakyat Malaysia dapat dibahagikan
kepada makanan moden dan makanan tradisional. Hal ini demikian kerana
masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.
Setiap kaum mempunyai jenis-jenis makanannya yang tersendiri. Oleh itu, makanan
tradisional mesti dikekalkan kerana kepentingannya amat banyak.
Salah satu
kepentingan makanan tradisional berkait
rapat dengan jati diri negara kita. Dengan adanya makanan
tradisional ini, orang asing akan mengenali budaya negara kita dengan lebih
dekat. Orang asing yang menikmatinya akan menghormati cita rasa kegemaran
rakyat kita. Selain itu, sudah pasti ada yang berminat untuk terus menikmatinya.
Hal ini sekaligus membantu
mengekalkan dan meningkatkan populariti makanan tradisional.
Seterusnya, makanan
tradisional yang terus dikekalkan itu penting supaya generasi yang akan datang
tidak melupakannya. Sebagai contoh, makanan tradisional orang Melayu seperti
rendang, sate, tempe, rojak, lontong, sambal tumis, tempoyak, dodol, otak-otak,
onde-onde, dan banyak lagi akan pupus suatu masa nanti sekiranya tidak
dikekalkan. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan sekarang, kemungkinan
besar pada suatu hari nanti generasi baru tidak dapat lagi mengenali
makanan-makanan tradisional ini. Hal
ini kerana makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),
McDonald, Sugar Bun, Pizza Hut, dan sebagainya kini sedang menguasai menu
makanan anak-anak muda kita.
Pengekalan makanan
tradisional dalam amalan pemakanan masyarakat Malaysia akan memastikan makanan tradisional itu
tidak lenyap ditelan oleh zaman. Pengekalan makanan tradisional ini dapat juga
merangsang industri pengeluaran makanan-makanan tradisional secara komersial.
Misalnya, sate akan dapat difrancaiskan ke seluruh dunia sekiranya usaha yang
bersungguh-sungguh dilakukan bagi mempopularkan makanan ini dalam kalangan
warga asing. Sekiranya budaya makan makanan segera dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat kita,
begitu jugalah sebaliknya. Makanan tradisional kita dapat diperkenalkan sebagai
makanan popular di luar negara.
Selain itu,
makanan-makanan tradisional yang terus dikekalkan ini secara tidak langsung
dapat juga menambah kepelbagaian pilihan sajian masyarakat kita. Hal ini juga
sekali gus memudahkan pihak pengusaha hotel dan katering menyediakan sajian
makanan yang pelbagai. Keadaan seperti ini penting agar mereka dapat memenuhi
kehendak para pelanggan yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, sama ada
rakyat setempat mahupun warga asing.
Kesimpulannya,
makanan tradisional tetap mempunyai nilainya yang tersendiri. Faedahnya banyak
apabila kita mengekalkan amalan pemakanan makanan tradisional ini. Dengan
adanya sikap seperti ini, warisan nenek moyang kita akan kekal terpelihara.
Kepelbagaian Makanan Suku Kaum di Negeri Bawah Bayu
Masyarakat
Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana
keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian
makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan,
udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan
liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat
tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan
ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih
dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik
tertentu.
Makanan bagi
sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam
masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan
ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu
30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di
kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.
Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara
seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum
Kadazandusun.Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat
berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat,
sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Kaum Bajau
Putu |
Kilau |
Kaum Bajau sangat terkenal dengan cara pemakanan mereka
yang lebih bersifat tradisional dan semula jadi. Secara umumnya, ubi kayu
merupakan sumber makanan mereka yang utama. Daripada ubi kayu tersebutlah
masyarakat Bajau mempelbagaikan jenis hidangan makanan mereka. Antaranya ialah
putu dan tompe (sinanglat). Kebiasaannya masyarakat Bajau menikmati makanan
asas mereka dengan makanan laut seperti ikan, rumpai laut, sotong, landak laut,
udang dan sebagainya. Selain itu, masyarakat Bajau juga turut terkenal dengan makanan
seperti kilau, latok, dan sagol. Makanan ini boleh didapati di perkampungan
masyarakat Bajau seperti di Semporna, Kota Belud, Tawau dan daerah lain.
Kaum Kadazandusun
nonsom bambangan |
Pinasakan |
Tuhau |
Hinava |
Masyarakat kaum Kadazandusun di
Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih
diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan
kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing.
Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan
amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
Hinava merupakan makanan yang
paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk
penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah
bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan
garam.
Noonsom lebih dikenali sebagai
jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah
diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah Noonsom
Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. Noonsom Sada ialah Ikan yang
digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi
buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua bahan dan diisi ke
dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari
sehingga boleh dimakan. Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan
dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil
dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris
halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan
telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit
sebelum dihidangkan.
Pinasakan juga merupakan makanan
tradisional kaum kadazandusun. Antara bahan yang diperlukan untuk penyediaan
makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan
dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji
asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air.
Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering. Kebiasaannya pinasakan dimakan
dengan nasi.
Kepelbagaian makanan masyarakat
kadazandusun inilah yang menjadi salah satu lambang identiti masyarakat
kadazandusun itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mereka
mengekalkan makanan tradisional supaya tidak dilupakan oleh generasi kita.
Kaum Bugis
Burasak |
Borobbok |
No comments:
Post a Comment