Tidak Lari ‘Rumah’ di Kejar
Tidak lari rumah dikejar namun
penantian untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sangat membuak.
Penantian merupakan satu penyiksaan yang menyiksaan jiwa dan fikiran. Begitulah
yang dihadapi oleh siswazah Universiti Malaysia Sabah. Walau bagaimanapun,
sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak dan pelajar harus menyelesaikan
tanggungjawab untuk belajar dan menjawab peperiksaan setiap semester untuk
menentukan gred masing-masing untuk masa depan kelak.
15 Januari 2014 akhirnya, tamat
sudah peperiksaan bagi semester 1 ni bagi pelajar Major Penulisan Sekolah
Pengajian Seni. Ada antara mereka yang sudah siap sedia dengan barang
masing-masing untuk bertolak balik ke kampung masing-masing. Jalan raya
kelihatan sesak kerana bukan sahaja pelajar Universiti Malaysia Sabah, malah majoriti
Universiti di Sabah dan Semenanjung.
Kebanyakan pelajar sudah
terganggu untuk menjawab kertas peperiksaan yang terakhir kerana diserang
dengan ‘mood’ balik kampung.
Siti Aminah binti Salleh
No comments:
Post a Comment