Boikot Kafe AB! ????
Apa?
Mengapa? Bila?
Disini
penulis ingin berkongsi serba sedikit info terbaru berkenaan sebuah kafe yang
diboikot oleh penghuni Kampung AB Universiti Malaysia sabah (UMS). Tetapi mengapa?
Berdasarkan sumber dan pengakuan dari sesetengah penduduk kampung, kafe
tersebut menjual makanan dengan harga yang tidak berpatutan dengan kuantiti dan
saiz lauknya. Hal ini disebut oleh salah seorang dari penduduk kampung yang
ditemubual secara tidak langsung oleh penulis.
Bukan
itu sahaja, malah ada yang mengatakan bahawa, pelayan kafe memberikan layanan
tehadap pelanggan, tidak sesuai sebagai seorang pekerja. Disini penulis
bukan menafikannya tetapi, ianya diakui oleh sesetengah pelajar.
Berdasarkan
apa yang berlaku, penulis amat tertarik dengan isu ini, hal ini demikian kerana,
ianya sesuatu masalah yang rumit dan sekiranya mereka gagal dalam menyelasaikannya sudah pasti akan merugikan kedua-dua belah pihak.
Berikutan hal
ini, Yang Dipertua Jakmas Kampung AB iaitu, Zainald Zainuddin telah sebulat
suara dengan ahli lembaga Jakmas untuk mengeluarkan kenyataan dan keputusan
memboikot kafe AB selama seminggu bermula dari 7hb januari sehingga 13hb
januari 2014.
Berikut
ialah apa yang diperkatakan oleh YDP Jakmas AB dalam laman sesawang “facebook”
tanpa sebarang gubahan pada ayat beliau..
ANTI
KAFE AB SEMINGGU
Saya sebagai wakil mahasiswa anda pun rasa seperti
anda semua apabila sebenarnya tuntutan kita kepada pihak kafe tidak diendahkan
sama sekali.
Walaupun selama dua kali perjumpaan saya dengan
pihak cafe alasan mereka kerana jumlah
pelajar yang sedikit. Sedangkan saya melihat sendiri rakan-rakan mahasiswa
berbaris panjang hanya untuk mendapatkan makanan dan kecewa kerana makanan
telah habis.
Buktinya.
Permintaan kita untuk dapat makanan yang mencukupi untuk exam dan study week lansung tidak dipenuhi.
Malahan pihak kafe telah memendekkan waktu operasi dari jam 12 sehinngga jam 6 sahaja untuk makanan pilihan seperti nasi campur.
Pilihan lauk dan kualiti masih lagi tidak memuaskan.
Segala aduan dan masalah pelajar langsung tidak diambil penduli setiap kali masalah saya berjumpa dengan pihak pengurusan kafe masalah ini tidak diselesaikan.
Saya rasa pihak cafe belum tahu definisi kuasa mahasiswa sebagai kuasa membeli.
Oleh yang demikian saya selaku wakil anda dan saya adalah anda semua dan rasa keperitan anda
OLEH ITU SAYA DENGAN RENDAH HATI UNTUK KEPENTINGAN KITA M"BAWA ANDA SEMUA MAHASISWA UNTUK SAMA-SAMA DENGAN SAYA
LANCARKAN ANTI KAFE AB SEMINGGU
MARI KITA SAMA-SAMA SEDARKAN HAK KITA SEBAGAI MAHASISWA DI KOLEJ AB.
HAK SEBAGAI PENGGUNA. HAK SEBAGAI MANUSIA.
Dengan cara kita tidak membeli di cafe Anugerah bestari selama seminggu iaitu dari 7 haribulan sehingga 13haribulan Januari. Mari kita sedarkan penguasaha kafe yang sebenar kuasa mahasiswa kuasa luar biasa dan pengajaran bagi mereka supaya peka dengan keperluan kita.
Dalam tempoh mahasiswa dinasihatkan untuk membeli makanan di cafe CD berdekatan dengan AB makanan disana sedap dan berpatutan.
Membeli sedia sebelum balik kolej daripada pepustakaan.
Hasil daripada kerjasama kita semua penduduk AB kita tengok apa kesannya.
Jika anda tidak memberi kerjasama maknanya anda bersetuju dengan keadaan kafe sekarang.
Tiada yang lebih penting bagi saya Amanah sebagai JAKMAS anda melainkan
KEBAJIKAN ANDA
SEMUA.
Yg benar barisan JAKMAS
Yg benar barisan JAKMAS
RAHIM ABU
BC12160197
No comments:
Post a Comment