Karnival Kokurikulum Universiti Malaysia Sabah Mampu
Melahirkan Masyarakat Yang Proaktif dan Inovatif.
UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH (UMS) 14 DECEMBER – Aktiviti karnival kokurikulum yang melibatkan
penyertaan daripada pelajar-pelajar UMS mampu melahirkan pelajar yang produktif
disamping dapat memupuk para pelajar dengan nilai-nilai positif seperti
bekerjasama dan berani mempamerkan bakat yang mereka ada di khalayak ramai.
Pelbagai aktiviti
menarik telah diadakan sepanjang karnival kokurikulum antaranya Program
Pertandingan Kawad Kaki, Program Pertandingan Tarian, persembahan seni
mempertahankan diri dan persembahan istimewa daripada ahli paramedik.Program
sehari tersebut turut memperlihatkan aktivi-aktiviti pameran, kempen derma
darah dan banyak lagi aktivi-aktiviti yang menarik.
Semua aktiviti ini
sememangnya mampu melahirkan siswa dan siswi yang bukan sahaja mahir dalam
pelbagai bidang termasuklah bidang seni persembahan. Aktiviti ini bukan sahaja
dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada siswa dan siswi tetapi aktiviti
ini juga mampu melahirkan semangat toleransi dan bekerjasama di kalangan
pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Oleh karana itu,
aktiviti Karnival Kokurikulum sedemikian haruslah diteruskan agar generasi yang
cemerlang dan bermanfaat untuk negara dan masyarakat dapat dilahirkan.
Yusri bin Jesnar
No comments:
Post a Comment