Yang baik ambillah, yang buruk jadikanlah ia
pengajaran dan iktibar….
KHAS BUATMU TEMAN…..
Setiap insan yang bergelar “pelajar” tidak
akan dapat melarikan diri dari masalah yang berkaitan dengan “sahabat”. Apakah
yang anda faham dan sejauhmanakah perkataan sahabat itu bermakna buat anda. Mari
kita renungkan bersama. J
Apa yang penulis perkatakan disini ialah apa
yang pernah berlaku dan terjadi dalam diri, dan manusia yang bergelar sahabat. Jangan
pernah menipu diri sendiri dan berkata aku tidak pernah mempunyai konflik dalam
soal persahabatan. Seberapa ramai sahabat yang kau kenali, tidak mungkin kau
pernah terlepas daripada cubaan dan ujian dalam soal persahabatan. Persahabatan
yang sejati ialah persahabatan yang senantiasa saling mengingatkan antara satu
sama yang lain. Teguran yang diberikan adalah salah satu simbolik “sayang”
dalam persahabatan, sekiranya diambil dari perspektif yang positif. Jika
sebaliknya, maka penulis pasti anda sendiri mengetahui jawapannya. Tepuk dada,
jangan tanya selera tetapi tanya akal dan minda anda!
Apa yang pernah saya lihat dan apa yang
pernah penulis dengar rata-ratanya berpunca dari sikap yang tidak berpuas hati
akan sesuatu. Ketidakpuashatian inilah yang menyebabkan konflik dalam
persahabatan berlaku. Jika difikir-fikirkan, mengapa kita tidak pernah berfikir
untuk bertindak mengikut akal, dan mengapa perlu emosi yang menguasai diri? Apa
salahnya sekiranya kita meluahkan dengan si Dia akan apa yang tidak disenangi,
daripada bercerita tentang keburukan si Dia kepada orang lain… wajarkah
tindakan sedemikian? Tidak perlu dipersoalkan, kerana anda sendiri tahu akan jawapannya.
Nilailah diri kita terlebih dahulu….J
Apapun yang terjadi dalam persahabatan kita,
sebenarnya ia adalah mematangkan fikiran dan tindak laku kita sebagai manusia. Ingat
kita bukan malaikat yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan
dan kita juga bukan manusia yang terpilih untuk tidak melakukan kesilapan dalam
sesuatu. Justeru itu sama-samalah kita muhasabah diri dan perbaiki apa yang
buruk pada kita. Selalunya kebaikan dalam diri kita tidak akan datang seperti pancaran
cahaya kilat. Ianya memerlukan bimbingan dan motivasi dalam jiwa untuk merubah
minda dan tindak laku kita.
Kesimpulannya, muhasabah diri terlebih
dahulu, “ingat kehidupan kita ibarat roda, tidak mustahil apa yang terjadi pada
kita hari ini pernah kita lakukan sebelumnya pada orang lain. Berprasangkah baik
sahajalah, cuba tenangkan hati dan fikirkan yang positif sebagai galang
gantinya! Susah?? J
![]() |
Jadikanlah ia santapan jiwa mu dalam mengekalkan persahabatan..
Duhai teman…
kadangkala langkahku tak menyenangkan hatimu..
kadangkala ungkapanku menghiris jiwamu..
kadangkala apa yang aku lakukan tidak seperti apa yg kau mahu..
Duhai sahabat…
kita juga punyai kelemahan dan kelebihan..
semuanya anugerah Tuhan kepada setiap manusia yang bergelar insan..
sama-samalah kita saling mengingatkan….
Duhai kawan…
kadangkala langkahku tak menyenangkan hatimu..
kadangkala ungkapanku menghiris jiwamu..
kadangkala apa yang aku lakukan tidak seperti apa yg kau mahu..
Duhai sahabat…
kita juga punyai kelemahan dan kelebihan..
semuanya anugerah Tuhan kepada setiap manusia yang bergelar insan..
sama-samalah kita saling mengingatkan….
Duhai kawan…
antara kau dan aku jauhilah perpecahan
mari kita bina ukhwah persahabatan
binalah kedamaian dan keakraban
di situlah terhamparnya kemanisan dalam erti sebuah “persahabatan”..
Terima kasih atas sagala nasihat dan teguranmu yang membina..
hati ini berharap kau gembira dan bahagia..
doaku semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga..
dan redhakanlah hati, dalam sebuah persahabatan… Untuk menggapai keredhaanNya..
mari kita bina ukhwah persahabatan
binalah kedamaian dan keakraban
di situlah terhamparnya kemanisan dalam erti sebuah “persahabatan”..
Terima kasih atas sagala nasihat dan teguranmu yang membina..
hati ini berharap kau gembira dan bahagia..
doaku semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga..
dan redhakanlah hati, dalam sebuah persahabatan… Untuk menggapai keredhaanNya..
AMINN.. J
RAHIM HANIFAH
BC12160197
No comments:
Post a Comment