Saturday, January 25, 2014

Staf UNIMAS Buat Lawatan Penanda Aras Ke UMS



 Seramai 32 orang kakitangan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan ke UMS baru-baru ini iaitu pada 22hb Januari 2014.
Rombongan lawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Azlan Ramli terdiri daripada ketua-ketua pusat UNIMAS, pengetua-pengetua kolej dan kaunselor-kaunselor. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan sebagai penanda aras dan perkongsian isu-isu berkaitan kemudahan dan aktiviti semasa Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.
Terdahulu, rombongan kakitangan UNIMAS diberi taklimat oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Kasim Md. Mansur berkenaan perkembangan semasa UMS dan Hal Ehwal Pelajar UMS di Galeri Majlis. Sesi soal jawab kemudiannya membangkitkan isu-isu penempatan yang kurang mencukupi, kemudahan pusat sukan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti kemahasiswaan.
Rombongan lawatan kemudiannya dibawa melawat ke kolej-kolej kediaman UMS, pusat sukan, dan Pusat Rawatan Warga, sebelum dibawa ke bangunan Jabatan Hal Ehwal pelajar.


Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar 

Post By KamiYrara Group J

No comments:

Post a Comment