ANUGERAH FILEM DIGITAL, MENCUNGKIL BAKAT SPS
Malam Anugerah Festival Skrin Digital
pelajar Universiti Malaysia Sabah, anugerah pemikir sepanggar 2013, telah
berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab S-Ret,
Sekolah Pengajian Seni. Dalam majlis ini banyak anugerah yang telah
dipertandingkan. Kemeriahan dalam kesesakan majlis yang berlangsung itu, jelas
terlihat apabila tiada ruang kosong untuk laluan para hadirin yang dating
bertandang. Majlis anugerah ini berlangsung pada 18 disember 2013, iaitu
penutup titai untuk majlsi tahun 2013.
Pelbagai matlamat serta objektif yang cuba
untuk dicapai dalam menjayakan majlis yang Grand ini. Diantaranya ialah,
melahirkan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berilmu, berbakat, berketrampilan
dan boleh mengurus program yang diadakan bermula dengan kertas kerja sehingga
program ini selesai dengan jayanya. Hal ini telah dibuktikan dengan kejayaan
yang dirangkul oleh mereka yang layak.
Selain itu juga, majlis anugerah ini juga
menggalakkan minat golongan pelajar dalam bidang penerbitan khususnya filem
pendek. Bukan itu sahaja, malah majlis sedemikian juga bertujuan untuk
memperkenalkan, mendedahkan, dan mengiktirafkan hasil kerja anak tempatan dalam
pembikinan filem pendek khususnya para
pelajar.
Disamping itu juga, dengan adanya anjuran
sebegini ianya mampu meningkatkan mutu pembikinan filem pendek peringkat IPTA
khususnya Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), hal ini sekaligus dapat membentuk
satu kumpulan tenaga kerja yang mahir menggunakan peralatan yang melibatkan
penggunaan kamera dengan kaedah yang betul dalam video dan filem pendek.
Antara
anugerah yang telah dipertandingkan ialah:
1.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
2.
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
3.
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
4.
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
5.
Anugerah Pengarah Terbaik
6.
Anugerah Lakon Layard an Cerita Asal Terbaik
7.
Anugerah sinematografi Terbaik
8.
Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik
9.
Anugerah penyunting Terbaik
10. Anugerah
penataan seni terbaik
11. Anugerah
penataan bunyi terbaik
12. Anugerah
poster filem terbaik
13. Anugerah
filem pilihan penonton
14. Anugerah
Filem Terbaik.
Dalam majlis ini, Dekan sekolah pengajian
seni berharap para pelajar mampu mencungkil bakat sendiri serta menjana
pemikiran yang kritis, beliau juga berharap, supaya semua pelajar hendaklah
merebut semua peluang untuk mendalami ilmu perfileman dan berusaha
mempertingkatkan mutu filem atau video yang dihasilkan.
Semoga
dengan berlangsungnya majlis ini, dapat mengasah dan membentuk jati diri
pelajar yang tidak mudah mengalah dalam mendapatkan sesuatu untuk kemajuan diri
sendiri.
Rahim
Abu
Bc12160197.
No comments:
Post a Comment