Lif Di Kolej Kediaman Angkasa Seolah-olah Menjadi Alat Permainan Bagi Sesetengah Pelajar Yang Tidak Bertanggungjawab.
Kolej Kediaman
Angkasa 9 januari 2014 – Keadaan lif yang menjadi bahan permainan bagi
sesetengah pelajar yang tidak bertanggungjawab dimana terdapat sesetengah
pelajar yang dengan sengaja menekan semua nombor lif. Perbuatan yang tidak
bertanggungjawab ini sememangnya telah menyusahkan pengguna yang lain.
Menurut seorang
pelajar yang bernama Azizi Tehran, yang juga merupakan salah seorang pelajar
yang tinggal di Kolej Kediaman Angkasa di blok M, perbuatan itu sememangnya
memberi kesan kepada pengguna yang lain. Baginya, perbuatan yang tidak
bertanggungjawab itu bukan sahaja menyusahkan malah membuang masa pengguna yang
lain. Menurutnya lagi, diharap semua pengguna yang tinggal di Kolej Kediaman
Angkasa itu dapat berfikir akan kesan perbuatan mereka sebelum melakukan
sesuatu perkara termasuklah menghargai perkhidmatan lif yang diberikan oleh
pihak Universiti.
Sebagai seseorang
yang bertaraf mahasiswa, perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku di
Kolej kediaman tersebut. Azizi berharap perbuatan seperti ini tidak akan
berlaku lagi.
Yusri bin Jesnar
No comments:
Post a Comment