Final Exam Dinanti , Kampung Halaman Menanti
Universiti Malaysia
Sabah - Bila tibanya study week bermakna final exam semakin
menghampiri. Disebabkan itu, semua siswa dan siswi mula sibuk belajar untuk
menghadapi peperiksaan akhir semester untuk mendapatkan purata gred yang
tinggi. Cuti study week bermula pada 20 sehingga 29 Disember 2013.
Peperiksaan akhir semester bermula pada 30 Disember 2013 dan berakhir pada 18
Januari 2014.
Peperiksaan
diadakan di DKP Baru dan pastinya DKP Baru akan menjadi tempat yang sesak
kerana ramai siswa siswi yang pergi ke sana untuk menjawab kertas peperiksaan.
Dalam kesibukan dan keghairahan menanti final exam, sudah pasti di hati
mereka juga bersorak keriangan kerana semakin hampir untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing terutamanya pelajar yang berasal dari Semenanjung
Malaysia yang tidak pernah balik ke kampung sejak bermulanya semester yang
baru.
Semoga apa yang dipelajari dan niat untuk ke
mari akan membuahkan hasil yang baik setimpal dengan pengorbanan meninggalkan
kampung halaman dan keluarga tercinta demi menuntut ilmu dan memperoleh
keputusan yang cemerlang.
Nur Razirah binti Tahir
No comments:
Post a Comment