Pada 24hb januari, kita sedia maklum Atlet UMS masih terus membara,
semangat kuat bagaikan gunung yang tetap gagah berdiri. Benarlah kata pepatah, Patah
sayap bertongkatkan paru, undur kata yang menjadi pantang bagi atlet ini.
Demikianlah ungkapan yang boleh digambarkan terhadap semangat atlet UMS dalam
usaha memecahkan rekod ‘Malaysia Longest On a Treadmill by a Group’ di
kala ada antaranya yang mengalami masalah kesihatan dan dibelenggu kecederaan.
Sepertimana yang
diperkatakan oleh penyelaras atlet dan rekod, Stephanie Chok; memasuki hari
kelima hari ini, sembilan atlet yang berlari secara bergilir-gilir terus
menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dua peserta demam dan seorang
cedera di bahagian lutut pada pada hari kedua. Beliau berkata, walaupun
menghadapi situasi tersebut, para atlet tidak putus asa untuk terus berlari dan
telah mencapai tempoh 89 jam 44 minit setakat pukul 10.25 pagi tadi.
Berdasarkan info yang
diketahui “Pada pertukaran ke-46, para atlet juga telah mencapai jarak larian
sejauh 738.4 kilometer. Saya percaya mereka tetap mampu berlari selama 264 jam
seperti yang disasarkan,” ujar pensyarah Sekolah Pendidikan dan Pembangunan
Sosial (SPPS) itu lagi. Menyentuh mengenai atlet yang demam beliau berkata,
atlet berkenaan sebenarnya masih belum biasa untuk berlari dalam ruangan yang
berhawa dingin kerana terbiasa dengan latihan di bawah cuaca yang panas sebelum
ini.
Langit tak selalunya
cerah, air laut tak selalunya tenang, setiap apa yang dirancang tidak selalunya
menepati sasaranya, kedua atlet berkenaan telah beransur pulih pada hari
keempat untuk meneruskan larian bersama-sama rakan atlet yang lain. “Seorang
atlet yang mengalami kecederaan di bahagian lutut adalah Zulkilinsius Lairi dan
kini direhatkan. Namun perkembangannnya semakin memberangsangkan dan beliau
dijangka kembali cergas untuk berlari semula esok atau lusa,” tambah Stephanie
lagi.
Jelaslah bahawa, Program ‘Malaysia
Longest On a Treadmill by a Group’ merupakan satu lagi usaha para
atlet yang terdiri daripada pelajar UMS untuk mengharumkan nama universiti
dalam Buku Rekod Malaysia. Larian pada atas Treadmill bertempat
di pintu depan kompleks beli-belah 1Borneo itu telah bermula sejak Isnin lalu
dan dijangka tamat pada 31 Januari 2014.
RAHIM ABU.
Poker Room - Kambi Kambi Kambi Kambi Kambi Kambi
ReplyDeletePoker Room is 상주 출장마사지 the most beautiful 경기도 출장안마 poker room located in Kambi Kambi, Kambi Kambi 당진 출장마사지 Kambi, Kambi Kambi Kambi, Kambi 속초 출장샵 Kambi Kambi Kambi, Kambi Kambi Kambi, Kambi 논산 출장샵 Kambi Kambi Kambi.