Sunday, January 12, 2014

Masalah Lampu Yang Sering Kali Tidak Dapat Dimatikan Di Kolej Kediaman Angkasa







    Kolej Kediaman Angkasa 8 Januari – Lampu-lampu di Kolej Kediaman Angkasa dilaporkan sering mengalami kerosakan dimana lampu-lampu tersebut tidak boleh dimatikan selepas dihidupkan. Hal ini menyebabkan lampu berkenaan hidup menyala sepanjang hari. Malah dikatakan ada lampu yang terpaksa hidup sehingga berhari-hari.

Menurut pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Angkasa, bilik-bilik di Kolej Kediaman Angkasa sememangnya sering menghadapi masalah lampu tidak boleh dimatikan selepas dihidupkan. Malah ada bilik yang mengalami masalah tersebut berulang-ulang kali walaupun telah diperbaiki oleh pihak teknikal Kolej Kediaman Angkasa.

Menurut pihak teknikal Kolej Kediaman Angkasa, masalah ini sering berlaku disebabkan kolej kediaman ini merupakan kolej yang baru dan ini termasuklah peralatan-peralatan seperti lampu-lampu yang terdapat di kolej kediaman tersebut. Oleh itu mereka tidak hairan sekiranya masalah tersebut seringkali dilaporkan kepada mereka.

Menurut pihak teknikal Kolej Kediaman Angkasa lagi, mereka memohon kerjasama daripada semua pelajar yang tinggal kolej tersebut agar melaporkan perkara ini seawal yang mungkin sekiranya berlaku kerosakan agar pembaziran tenaga elektrik dapat dielakkan dan tidak mengunci pintu utama selepas laporan dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan. Hal ini kerana sudah sering kali berlaku kejadian dimana pintu utama terkunci apabila pekerja teknikal datang untuk membaiki lampu berkenaan dan keadaan pintu yang tertutup ini menyebabkan kerja pembaikan tergendala kerana  mereka tidak boleh masuk untuk membaiki kerosakan berkenaan.




Yusri bin Jesnar

No comments:

Post a Comment