Friday, January 10, 2014

"Amanat Naib Canselor"






Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah-(Naib Canselor), telah mengingatkan semua kakitangan UMS untuk senantiasa menjaga tingkah laku dan berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab seharian. Jelasnya, kakitangan UMS memikul tanggung jawab yang besar dalam memacu UMS ke hadapan agar dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat Negeri Sabah. Untuk itu aspek disiplin dalam diri kakitangan adalah yang paling diutamakan, kerana disiplin itulah yang menjadi kemudi gerak laku dalam menjalankan tugas.
“Mengambil contoh sejarah kejatuhan Jepun pada era perang, yang kemudiannya membangun sehingga menjadi kuasa ekonomi dunia pada masa kini, ini semua adalah kerana sikap disiplin dalam masyarakat Jepun”.
“Maka sikap disiplin harus disemai dalam kalangan warga UMS bagi membina satu masyarakat yang komited dan berdedikasi, serta menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di luar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada kakitangan pada Majlis Perhimpunan Jabatan Canselori Bil 1/2014 di Galeri Majlis.
Tegasnya beliaulagi, sikap disiplin kakitangan turut dilihat pada rekod kad perakam waktu kehadiran kakitangan, justeru kakitangan harus menepati masa dan bijak menggunakan masa dalam kehidupan seharian, agar segala urusan dapat dilakukan dan dijalankan dengan penuh didiplin dan teratur.
“Menara Jam yang bakal dibina di dalam kampus UMS adalah peringatan kepada warga UMS sekalian agar mendisiplinkan masa dalam kehidupan seharian,” ujar beliau lagi.
Beliau turut mengingatkan kepada semua kakitangan agar mematuhi etika berpakaian dalam pejabat seperti yang telah termaktub dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar. Ulas beliau lagi, sebagai kakitangan kerajaan, pakaian dan penampilan harus sesuai kerana penampilan diri melambangkan keperibadian dan budaya sesebuah masyarakat.


~~ Post by KamiYrara Group ~~

No comments:

Post a Comment