“SEMARAK BAHASA”
Pada 26 & 27 oktober 2013, Minggu
Bahasa telah dilancarkan dan disemarakkan di seluruh Malaysia. Begitu juga
dengan Negeri Sabah, dimana sambutan ini berlangsung dengan jayanya di Foyer
One Borneo Kota Kinabalu.
Dalam sambutan Minggu Bahasa ini pelbagai
aktiviti yang telah dilaksanakan untuk menyambut dan menjayakannya. Pada
kesempatan ini pelajar tahun 2, bidang penulisan. Sekolah Pengajian Seni (SPS) Universiti Malaysia sabah telah menonjolkan dan menampilkan bakat mereka yang terpendam. Kesemua pelajar tahun 2 terlibat sama
ada di atas pentas ataupun di belakang pentas. Ramai diantara mereka
menonjolkan komitmen yang baik dan menyeluruh, hal ini kerana disiplin mereka
dalam latihan sebelum persembahan berlangsung adalah memenuhi syarat sebagai
seorang artis dan ikutan untuk menjadi contoh.
Pelbagai aktiviti menarik yang
telah dianjurkan antaranya ialah, persembahan Sajak, Gurindam, Sketsa
pendek dan Puisi yang kesemuanya
melibatkan dan berkaitan tentang kepentingan bahasa. Pada ketika inilah ramai
pengunjung datang bertandang semata-mata bekerjasama untuk menjayakan majlis
itu. Semua persembahan yang dibuat adalah untuk mencapai matlamat serta
objektifnya iaitu Memperkasakan Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu Bahasa Berwibawa. Penulis sendiri telah melibatkan diri
dalam menjayakan dan memeriahkan majlis pelancaran Minggu Bahasa dengan
kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Persembahan Puisi tentang Bahasa Melayu kira-kiranya dipersembahkan pada jam 7.45
malam. Intisari puisi yang dipersembahkan ialah kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Persuratan yang
Kaya. Perkara yang paling mengasyikkan ialah pelancong yang datang pada
ketika itu semuanya terhibur, dimana mereka sendiri seronok dalam tarian yang dibuat
diatas pentas secara beramai-ramai.
RAHIM ABU ( BC12160197 )
No comments:
Post a Comment