Kita Merancang Tuhan yang Menentukan
Perjalanan pelajar SPS major penulisan ke Tenom telah dirancang dengan sebaik mungkin. Rombongan pelajar SPS bergerak pada pukul 2 petang dari UMS menuju ke Tenom dan dijangka akan tiba di destinasi pada pukul 6 petang. Seramai 86 orang dimuatkan dengan menggunakan 2 buah Bas UMS. Semua pelajar berasa seronok dan gembira dengan aktiviti yang dianjurkan tersebut kerana ianya dapat menenangkan fikiran setelah selesai kuliah selama 14 minggu. Pelajar berharap agar aktiviti tersebut dapat memberi kepuasan kepada mereka. Aktiviti yang akan diadakan semasa berada di sana juga sangat menarik dan ianya sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan siaturrahim antara pelajar dengan pensyarah.
![]() |
Salah satu bas ke Tenom |
Dalam perjalanan, pelajar masing-masing membuat aktiviti sendiri semasa berada di dalam bas. Terdapat juga pelajar yang memanfaatkan masa yang ada untuk menengkan fikiran dengan melihat keindahan alam sekeliling dan ada juga yang bersembang sesama sendiri dan bergurau senda agar perjalanan yang jauh itu dapat diisi agar tidak membosankan.
![]() |
pemandangan dari dalam bas |
![]() |
gelak tawa bersama |
Namun di pertengahan perjalanan menuju ke Tenom, dikhabarkan bahawa sebuah lagi bas yang memuatkan separuh daripada rombongan menghadapi masalah apabila bas yang mereka naiki itu tidak dapat meneruskan perjalanan dan berhenti sementara untuk mencari jalan penyelesaian. Namun bas tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan kerana bas tersebut rosak. Rombongan bas yang lagi satu tersebut telah selamat sampai ke destinasi. rombongan yang terkandas tidak dapat meneruskan perjalanan dan akhirnya terpaksa akur dengan takdir yanh telah ditetntukan buat mereka semua dan terpaksa tinggal di rumah tumpangan sehingga esok harinya.
Hari seterusnya barulah mereka dapat meneruskan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Aktiviti yang dirancang telah dilakukan dengan jayanya walaupun terdapat kesulitan yang dihadapai. Namun perjalanan tersebut telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran kepada semua pelajar serta hubungan silaturrahim semakin erat antara pelajar major penulisan sesi 2012/2015.
![]() |
ronda-ronda taman bunga |
Mustika Derise
No comments:
Post a Comment