Thursday, January 9, 2014

Pencuri Hatiku 


Kesibukan kota raya

Memagar kotak pemikiran
Dari melihat keindahan di sebalik
Perbukitan nan jauh dari ceruk manusia
Yang mengejar harta dunia

Kesegaran hembusan angin
Menusuk dada yang dalam
Memberi perasaan yang tak terucap

Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu

Pohonan nan hijau menyejukkan mata
Menyejukkan jiwa yang kacau
Sesekali kumbang mencumbui bebunga
Di taman Ixora ku lalui
Di Taman Bougainvillea ku lalui juga
Bebunga yang segar
Bebunga yang pelbagai menghambat naluri
Membuatkan aku tidak ingin
Kembali kepada dunia kepura-puraan
Ciptaan manusia

Suasana Taman pertanian
Diamati dengan kerakusan
Tidak ingin meninggalkannya
Kekasih yang telah berjaya mencuri hatiku
Tenanglah manusia di dalamnya. 





Siti Aminah binti Salleh

No comments:

Post a Comment