Sunday, January 12, 2014

Memupuk Semangat Prihatin Dan Sayang Di Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)


 


Para pelajar UMS yang sedang menanti di luar untuk bertemu dengan para pesakit.


Hospital Likas 23 November – Para pelajar Universiti Malaysia Sabah yang menjadi ahli Paramedik 1 baru-baru ini telah melawat hospital Likas dan dianggarkan seramai 50 lebih pelajar telah terlibat dalam lawatan sambil belajar itu. Program yang dikenali sebagai “Program Seerat Kasih” itu bertujuan untuk memupuk semangat prihatin dan nilai kasih sayang di kalangan pelajar UMS.

Sepanjang lawatan tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh pelajar UMS antaranya pertandingan mewarna, memasang puzzle dan sebagainya. Sepanjang aktiviti dilaksanakan, para pesakit yang berumur dalam lingkungan empat hingga 12 tahun itu kelihatan sangat gembira dan senang dengan kehadiran para pelajar UMS.
  


Suasana di dalam wad Melur 2 ketika pertandingan mewarna dibuat.


Aktiviti sebegini haruslah diperbanyakkan dan digalakkan kerana melalui lawatan sebegini, para pelajar bukan sahaja dapat menimba pelbagai ilmu dan nilai-nilai positif tetapi para pelajar juga didedahkan dengan keadaan sebenar dunia realiti dalam dunia pekerjaan.

 YUSRI BIN JESNAR


No comments:

Post a Comment