Pada
khamis 23 januari lepas, Universiti Brunei Darussalam memperkukuh Kerjasama
bersama UMS yang sedia terjalin sejak
tahun 2008, terus diperkukuh apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara
kedua-dua pihak telah ditandatangani baru-baru ini. MoU tersebut dimeterai
ketika delegasi UMS membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan Negara
Brunei Darussalam, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato’ Seri Setia Hj Abu Bakar Hj
Apong.
UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof.
Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah telah menandatangani dokumen perjanjian
tersebut, manakala UBD diwakili oleh Naib Canselornya, Dato Paduka Dr. Hj.
Zulkarnain Hanafi, sambil disaksikan oleh Menteri Pendidikan Brunei Darussalam.Kerjasama
yang dijalin meliputi program pertukaran pelajar, latihan industri dan
mobiliti, pertukaran bahan penerbitan, kerjasama dalam penyelidikan dan
pengajaran, serta kerjasama dalam pelbagai bidang yang dipersetujui kedua
pihak.
Seperti yang kita sedia maklum Delegasi UMS
akan membuat kunjungan hormat ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA) dalam usaha mengeratkan hubungan kerjasama yang terjalin antara
kedua-dua institusi pengajian tinggi. Delegasi disambut oleh rektornya Pg Anak
Dr Haji Amiruddin Alam Shah Pg Anak Haji Ismail.
Selain daripada Datuk Harun, delegasi UMS yang diketuai oleh Duta Besar
Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Awang Sahak Awang Salleh turut disertai
oleh Dekan Sekolah Sains Sosial UMS, Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Adnan,
pensyarah Sekolah Pengajian Seni Prof. Dr. Mohd. Sahlan Hj. Saman, Ketua
Jabatan Canselori UMS No’man Datuk Hj Ahmad, dan Pemangku Pengarah Pusat Hal
Ehwal Antarabangsa Molly Donna Datuk Hj. Awang. Sham.
AR
RAHIM ABU
BC12160197.
No comments:
Post a Comment