KHAMIS, 23 JANUARI, UMS yang terkenal dengan
landskap yang indah talah dilawati oleh sekumpulan 20 orang pelajar tahun akhir
program Diploma Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Samarahan, Sarawak.
Pegawai pengiring yang juga pensyarah koordinator program tersebut, Puan Sabariah Abd. Samad berkata, lawatan mereka ke UMS adalah untuk mendedahkan para pelajarnya mengenai agensi maklumat seperti perpustakaan, arkib, muzium dan pusat maklumat yang terdapat di UMS.
“Lawatan akademik ini diharap dapat membantu pelajar untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bidang kerja yang berkaitan,” katanya.
Tambahnya, keadaan persekitaran dan landskap yang cantik adalah menjadi salah satu sebab utama mereka berkunjung ke UMS. “UMS terkenal dengan keindahan bangunan serta pemandangan di sekitar kampusnya. Kami bersyukur dapat melihat persekitaran yang mendamaikan di sini,” tambahnya. Kumpulan pelawat itu yang terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki telah dibawa oleh Pegawai Khidmat Pelanggan Bahagian Perhubungan Korporat, Cik Fazharia April ke Muzium UMS dan Radio KKFM serta Galeri Penyelidikan yang terletak di Bangunan Canselori sebelum meneruskan lawatan ke Perpustakaan UMS.

AR
RAHIM ABU
BC12160197.
No comments:
Post a Comment