Wednesday, January 29, 2014

~ santapan jiwa buatmu pembaca ~



v Kadangkala kita alpa untuk berfikir akan sesuatu, sebaliknya kita hanya sedar setelah ianya terjadi dan berlaku keatas kita.. ingat! sesalan selalunya dibelakang hari…. “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna” perlu diingat! Langit tak selalunya cerah, dan laut tak selalunya bergelora. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia adakalanya hidup kita bersinar-sinar, dan ada harinya kita hidup umpama hujan renyai-renyai yang turun ke bumi….. maka bersedialah menghadapinya~~~ 

sekadar renungan~ :-) :-) :p :p

Sunday, January 26, 2014

jangan biarkan nafsu menguasai dirimu!

iktibar!! waraslah sebagaimana warasnya akalmu... jangan biarkan nafsu menguasai dirimu!







• Kisah yang WAJIB anda baca :


 " Ayah , Bagilah Balik Tangan Ita. "

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelih
atan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah 
anda...."



jadikan iktibar! kelak kau jua bergelar ibubapa... :) :) :)

~ SANG HATI BERBICARA ~ :) :) :)



v Bukan semua orang yang senyum itu bahagia… dan bukan semua orang sedih itu berduka.. adakalanya orang yang senyum itu sebenarnya ia sedih tetapi menjalani kedukaan itu dengan hati yang tabah dan dibawa untuk senyum seolah tidak berlaku apa-apa keatasnya, dan tidak semua orang sedih itu sebenarnya berduka mungkin ia terharu dan sebak dengan rezki yang tidak dijangkakanya… (9:33mlm~khamis15hb /8/2013)






ALWAYS BE POSITIVE! :) :) :)


SEJAMBAK KATA, SECANGKIR BICARA... KHAS BUATMU PEMBACA.. :)



v Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup datang mesti sanggup pulang, bila sanggup hidup mesti sanggup mati. Kita datang hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan kita ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali! Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara dengan tangisan….

Saturday, January 25, 2014

Atlet UMS Terus Membara!!



   


Pada 24hb januari, kita sedia maklum Atlet UMS masih terus membara, semangat kuat bagaikan gunung yang tetap gagah berdiri. Benarlah kata pepatah, Patah sayap bertongkatkan paru, undur kata yang menjadi pantang bagi atlet ini. Demikianlah ungkapan yang boleh digambarkan terhadap semangat atlet UMS dalam usaha memecahkan rekod ‘Malaysia Longest On a Treadmill by a Group’ di kala ada antaranya yang mengalami masalah kesihatan dan dibelenggu kecederaan.

   Sepertimana yang diperkatakan oleh penyelaras atlet dan rekod, Stephanie Chok; memasuki hari kelima hari ini, sembilan atlet yang berlari secara bergilir-gilir terus menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dua peserta demam dan seorang cedera di bahagian lutut pada pada hari kedua. Beliau berkata, walaupun menghadapi situasi tersebut, para atlet tidak putus asa untuk terus berlari dan telah mencapai tempoh 89 jam 44 minit setakat pukul 10.25 pagi tadi.

   Berdasarkan info yang diketahui “Pada pertukaran ke-46, para atlet juga telah mencapai jarak larian sejauh 738.4 kilometer. Saya percaya mereka tetap mampu berlari selama 264 jam seperti yang disasarkan,” ujar pensyarah Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) itu lagi. Menyentuh mengenai atlet yang demam beliau berkata, atlet berkenaan sebenarnya masih belum biasa untuk berlari dalam ruangan yang berhawa dingin kerana terbiasa dengan latihan di bawah cuaca yang panas sebelum ini.

   Langit tak selalunya cerah, air laut tak selalunya tenang, setiap apa yang dirancang tidak selalunya menepati sasaranya, kedua atlet berkenaan telah beransur pulih pada hari keempat untuk meneruskan larian bersama-sama rakan atlet yang lain. “Seorang atlet yang mengalami kecederaan di bahagian lutut adalah Zulkilinsius Lairi dan kini direhatkan. Namun perkembangannnya semakin memberangsangkan dan beliau dijangka kembali cergas untuk berlari semula esok atau lusa,” tambah Stephanie lagi.

   Jelaslah bahawa, Program ‘Malaysia Longest On a Treadmill by a Group’ merupakan satu lagi usaha para atlet yang terdiri daripada pelajar UMS untuk mengharumkan nama universiti dalam Buku Rekod Malaysia. Larian  pada atas Treadmill bertempat di pintu depan kompleks beli-belah 1Borneo itu telah bermula sejak Isnin lalu dan dijangka tamat pada 31 Januari 2014.

RAHIM ABU. 

Hubungan Erat antara UMS dan Universiti Brunei Darussalam Terus Diperkukuh




  Pada khamis 23 januari lepas, Universiti Brunei Darussalam memperkukuh Kerjasama bersama UMS  yang sedia terjalin sejak tahun 2008, terus diperkukuh apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak telah ditandatangani baru-baru ini. MoU tersebut dimeterai ketika delegasi UMS membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato’ Seri Setia Hj Abu Bakar Hj Apong.
    UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah telah menandatangani dokumen perjanjian tersebut, manakala UBD diwakili oleh Naib Canselornya, Dato Paduka Dr. Hj. Zulkarnain Hanafi, sambil disaksikan oleh Menteri Pendidikan Brunei Darussalam.Kerjasama yang dijalin meliputi program pertukaran pelajar, latihan industri dan mobiliti, pertukaran bahan penerbitan, kerjasama dalam penyelidikan dan pengajaran, serta kerjasama dalam pelbagai bidang yang dipersetujui kedua pihak.
    Seperti yang kita sedia maklum Delegasi UMS akan membuat kunjungan hormat ke Universiti Islam Sultan  Sharif Ali (UNISSA) dalam usaha mengeratkan hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua institusi pengajian tinggi. Delegasi disambut oleh rektornya Pg Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah Pg Anak Haji Ismail.
    Selain daripada Datuk Harun, delegasi UMS yang diketuai oleh Duta Besar Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Awang Sahak Awang Salleh turut disertai  oleh Dekan Sekolah Sains Sosial UMS, Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Adnan, pensyarah Sekolah Pengajian Seni Prof. Dr. Mohd. Sahlan Hj. Saman, Ketua Jabatan Canselori UMS No’man Datuk Hj Ahmad, dan Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa Molly Donna Datuk Hj. Awang. Sham. 




AR RAHIM ABU
BC12160197.






Keindahan Semula Jadi UMS Memukau Pelajar UITM Samarahan.





   KHAMIS, 23 JANUARI, UMS yang terkenal dengan landskap yang indah talah dilawati oleh sekumpulan 20 orang pelajar tahun akhir program Diploma Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan, Sarawak.

   Pegawai pengiring yang juga pensyarah koordinator program tersebut, Puan Sabariah Abd. Samad berkata, lawatan mereka ke UMS adalah untuk mendedahkan para pelajarnya mengenai agensi maklumat seperti perpustakaan, arkib, muzium dan pusat maklumat yang terdapat di UMS.

   “Lawatan akademik ini diharap dapat membantu pelajar untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bidang kerja yang berkaitan,” katanya.

   Tambahnya, keadaan persekitaran dan landskap yang cantik adalah menjadi salah satu sebab utama mereka berkunjung ke UMS.  “UMS terkenal dengan keindahan bangunan serta pemandangan di sekitar kampusnya. Kami bersyukur dapat melihat persekitaran yang mendamaikan di sini,” tambahnya. Kumpulan pelawat itu yang terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki telah dibawa oleh Pegawai Khidmat Pelanggan Bahagian Perhubungan Korporat, Cik Fazharia April ke Muzium UMS dan Radio KKFM serta Galeri Penyelidikan yang terletak di Bangunan Canselori sebelum meneruskan lawatan ke Perpustakaan UMS.

AR RAHIM ABU
BC12160197.




Staf UNIMAS Buat Lawatan Penanda Aras Ke UMS



 Seramai 32 orang kakitangan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan ke UMS baru-baru ini iaitu pada 22hb Januari 2014.
Rombongan lawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Azlan Ramli terdiri daripada ketua-ketua pusat UNIMAS, pengetua-pengetua kolej dan kaunselor-kaunselor. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan sebagai penanda aras dan perkongsian isu-isu berkaitan kemudahan dan aktiviti semasa Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.
Terdahulu, rombongan kakitangan UNIMAS diberi taklimat oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Kasim Md. Mansur berkenaan perkembangan semasa UMS dan Hal Ehwal Pelajar UMS di Galeri Majlis. Sesi soal jawab kemudiannya membangkitkan isu-isu penempatan yang kurang mencukupi, kemudahan pusat sukan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti kemahasiswaan.
Rombongan lawatan kemudiannya dibawa melawat ke kolej-kolej kediaman UMS, pusat sukan, dan Pusat Rawatan Warga, sebelum dibawa ke bangunan Jabatan Hal Ehwal pelajar.


Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar 

Post By KamiYrara Group J

Sunday, January 19, 2014

GRAND ARTIKEL


MEMBIMBANGKAN! KEMANA HALA TUJU??
                             
   Meniti kehidupan pada era globalisasi, pelbagai kemajuan yang telah dicapai, penyelidikan dalam melahirkan inovasi dan kreativiti telah membuka peluang pekerjaan yang menjamin kehidupan. Persoalannya, menampungkah peluang ini untuk jumlah graduan yang setiap tahun meningkat untuk mendapat tempat dalam pekerjaan? Masalah graduan menganggur bukan satu fenomena yang baharu, dan ianya tidak hanya berlaku di Malaysia. Segulung ijazah belum pasti menjanjikan pekerjaan. Seperti mana yang telah diperkatakan oleh Menteri Pembangunan dan Koperasi, sebanyak 48 ribu siswazah graduan belakangan ini masih berada di takuk lama. Perkara ini menyebabkan bebanan yang ditanggung pihak kerajaan akan meningkat dengan memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk mengurus graduan-graduan yang menganggur. Oleh itu untuk mengelakkan peratus pengangguran dikalangan siswazah bertambah, punca-punca pengangguran perlu diidentifikasikan. Strategi-strategi yang proaktif dan komprehensif perlu dirancangkan dan dilaksanakan.

   Antara faktor yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah ialah,kredibiliti dan keupayaan siswazah baru adalah diragui. Pemimpin negara dan tokoh industri yang bersikap kurang adil dalam memberi gambaran terhadap kualiti graduan institusi tempatan. Graduan tempatan yang dididik oleh acuan universiti tempatan hari ini dianggap lemah dan sering dipersoalkan kredibiliti dan kemampuannya. Contohnya, graduan tidak mempunyai kemampuan berkomunikasi, terutamanya dalam bahasa Inggeris, tidak berkeyakinan untuk bersaing, tidak memiliki kemahiran berniaga, dan tidak bijak mewujudkan peluang pekerjaan. Siswazah dianggap “cemerlang” dalam kertas sahaja tetapi “kandas” dalam kemahiran. Majikan tidak ingin memperuntukkan sejumlah kos yang tinggi untuk melatih siswazah yang baru keluar dari universiti. Natijahnya, setiap majikan kerap memilih siswazah yang mempunyai pengalaman bekerja. Pengambilan siswazah baru kemungkinan mendatangkan risiko kepada majikan kerana majikan telah mengira kerugian yang bakal dialami. Majikan terpaksa memperuntukkan kos tinggi melatih graduan baru dan kemungkinan mereka akan beralih ke syarikat lain setelah mendapat tawaran yang lebih baik. Jelaslah kepada kita bahawa keraguan terhadap siswazah baru memang merupakan satu kenyataan yang sahih dalam pasaran buruh pada masa kini.


    Selain itu juga,permintaan melebihi penawaran peluang pekerjaan di pasaran buruh juga merupakan salah satu factor yang mendorong jumlah graduan menganggur. Terlalu ramai siswazah yang mempunyai kecemerlangan akademik sukar untuk mendapat pekerjaan, sekiranya temu duga untuk satu jawatan kosong dihadiri oleh lebih seribu calon berkelayakan untuk ditemu duga. Dan yang tidak kita jangkakan bukan sedikit pula siswazah universiti luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kemampuan bahasa Inggerisnya diiktiraf masih membawa “resume” ke hulu-hilir bersama siswazah dalam saban hari untuk merebut peluang pekerjaan. Pertambahan graduan IPTA setiap tahun tidak sejajar dengan penawaran peluang pekerjaan. Hakikatnya, lambakan 40 ribu graduan IPTA setiap tahun. Mereka bukanlah semuanya tidak berkelayakan tetapi peluang pekerjaan terlalu terhad. Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo telah mengakui bahawa sektor kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada siswazah ini lantaran hambatan perbelanjaan pengurusan. Kelahiran graduan baru setiap tahun yang tidak sejajar dengan penawaran pekerjaan telah menyebabkan pengangguran berlaku. Jelaslah kepada kita bahawa, faktor di atas adalah punca pengangguran.

     Bukan itu sahaja, malah syarat kelayakan pengambilan pekerja baru menyukarkan “graduan segar” merebut peluang pekerjaan. Tempoh pengalaman yang diperlukan biasanya sekitar antara satu hingga tiga tahun, terdapat juga beberapa jawatan yang memerlukan 10 tahun pengalaman kerja. Berdasarkan satu tinjauan telah dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap peluang pekerjaa daripada 30 jawatan untuk pemegang ijazah yang diiklankan dalam akhbar New Straits Times dan The Star pada 6 Mei 2004, sebanyak 93 peratus atau 28 daripadanya meletakkan syarat pengalamam kerja sebagai kriteria utama. Hal ini sebenarnya menyukarkan graduan mendapatkan pekerjaan tersebut. Dalam masa yang sama juga, penguasaan bahasa Inggeris diutamakan dalam pemilihan calon temu duga. Berdasarkan sistem pelajaran yang lalu, kebanyakan siswazah tempatan dididik dalam medium bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris hanya bertindak sebagai alternatif. Maka, tidak hairanlah terdapat sesetengah pihak yang merendah-rendahkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan siswazah tempatan secara “semberono”. Semasa pemilihan calon temu duga, kemahiran Bahasa Inggeris sebagai syarat utama utnuk 50 peratus daripada 30 peratus yang mensyaratkan penguasaan bahasa Melayu sebagai kriteria. Jelas dan sahihlah serta tidak dapat kita dinafikan bahawa, syarat kelayakan pengambilan pekerja merupakan salah satu cabaran kepada “graduan segar”.





 Bilangan siswazah yang menganggur pada tahun 2012 adalah seramai 75,800 orang seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Bilangan Siswazah Yang Menganggur Mengikut Jantina Pada Tahun 2012

Siswazah Menganggur
Jantina
Bilangan
Lelaki
30,200

Wanita
45,600

Jumlah
75,800
                                
Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia


Jadual 2: Bilangan Pengangguran Mengikut Pengajian Pada  Tahun 2012.
Bil
Bidang
Bilangan
%
1
Program Asas/Umum
400
0.53
2
Pendidikan
4,200
5.54
3
Kesenian dan Kemanusiaan  
5,300
7.0
4
Sains Sosial, dan Undang-undang
25,500
33.64
5
Sains, Matematik dan Pengkomputeraan
11,000

14.51
6
Kejuteraan, Perubatan dan Pembinaan
15,300
20.18
7
Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Veterinar
800
1.05
8
Kesihatan
10,700
14.12
9
Perkhidmatan
2,600
3.43

Jumlah
75,800
100.0

Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia





JENIS PENGANGGURAN 


Pengangguran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis ;

    a.    Pengangguran geseran atau normal.
Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik. Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Friksional ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan bekalan buruh.


b.      Pengangguran struktur.
Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya.  


c.       Pengangguran kitaran atau edaran.
Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya kemelesetan teruk dalam permintaan agregat. Pengurangan permintaan agregat ini akan mengurangkan pengeluaran dan seterusnya akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh oleh pengeluar. Kemerosotan permintaan agregat yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan berlakunya inflasi akan menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot.  


d.      Pengangguran teknologi.
Pengangguran teknologi berlaku apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran mereka kehilangan pekerjaan. Dan kilang dalam industri yang merosot akan tutup yang menyebabkan pekerja mereka hilang pekerjaan.  


e.       Pengangguran tersembunyi atau tidak ketara.
Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi. Pengangguran ini kebanyakkannya berlaku dalam sektor pertanian. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan pengeluaran.  


f.       Pengangguran bermusim.
Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. Misalnya, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai dan terpaksa tunggu hingga musim menanam semula. Nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. 


g.      Pengangguran sukarela atau terbuka.

Pengangguran ini berlaku apabila tenaga buruh secara sukarela enggan bekerja apabila ditawarkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan tenaga buruh.