Kehadiran "Pelangi Senja" di Tamu Gadang
![]() |
Kehadiran pelangi selepas hujan |
Kehadiran pelangi pada waktu senja di Tamu Gadang menambahkan lagi pemandangan yang indah selepas hujan itu. Ramai pengunjung yang menyedari akan kehadiran pelangi senja ini. Ada antara pengunjung mengambil kesempatan mengambil gambar bersama teman mahupun ahli keluarga berlatarkan pemandangan pelangi senja ini. Jarang sekali kita dapat melihat pelangi muncul menghiasi ruang udara. kehadiran pelangi hanya seketika apabila hari semakin gelap.
Walaupun hujan turun pada hari ke-2 Tamu Gadang itu tidak menjadi penghalang para pengunjung mengunjungi gerai-gerai yang berada di sana. Kebanyakan gerai yang ada menjual barang-barang dengan harga yang lebih murah berbanding harga sebenar jika beli di luar.Pengunjung wanita tidak melepaskan peluang membeli perhiasan seperti gelang mutiara, kerongsang, rantai dan banyak lagi. Pengunjung lelaki pula berkerumun di gerai menjual jersi.
Makanan-makanan yang dijual juga tidak kurang enaknya. Gerai sate, ayam panggang, ayam golek menjadi tumpuan para pengunjung pada waktu malam kerana pelajar baru selesai sesi kuliah. Kemeriahan Tamu Gadang bukan sahaja disebabkan oleh penggunjung tetapi juga disebabkan dengan kehadiran artis-artis jemputan.
Semoga kemeriahan ini akan berterusan sehingga ke hari terakhir Tamu Gadang ke 15.

Nur Razirah binti Tahir
No comments:
Post a Comment