Thursday, December 5, 2013

KEBUN KECIL ITU


Kebun kecil itu
Tidak asing lagi di pancainderaku
Dari kejauhan kulihat daun-daun hijau
Melambai-lambai memanggilku
Seperti mahu tangan kasarku ini membelainya.

Kebun kecil itu
Menyimpan sejuta rahsia pemiliknya
Keletihan, kepayahan diharungi demi anak tercinta
Kepanasan yang membakar diri
Langsung tidak dirasai
Dek kerana melihat kegembiraan si anak
Meriuhkan suasana kebun kecil itu.

Di kebun kecil itu
Kenikmatan dirasai bersama
Satu persatu deretan tanaman dikebun kecil itu ditilik
Rasa kesyukuran yang tidak ternikmat
Rasa kegirangan di hati membuatkan nafas si wira tak terhingga
Hasil dituai di tangan kotor yang sering memegang tanah
Namun kerana minat tak pernah menghalang.

Di suatu sudut
Si anak-anak girang mengilap buah peria itu
Si Mentimun itu sebesar tangan si adik
Hasil daripada si kebun kecil
Tersandar letih kedua permata hatiku
Namun kegirangan menyapu tangkai hati tua mereka
Bersyukur pada Illahi dengan rezeki yang dilimpahkan
Pada si kebun kecil itu.





Siti Aminah binti Salleh

No comments:

Post a Comment