Memaafkan, Bukankah itu lebih baik?
“Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri, hidup
ini terlalu singkat untuk kita membenci seseorang, bencilah seadanya tapi ingat
bukan pada dirinya tapi pada kelakuannya, sucikanlah hati mencari redha ILLAHI”
Add caption |
Selagi kau tiada bahagia dengan kebahagian orang lain… itu
tandanya dirimu sendiri tidak bahagia. Ayuh rujuk dan pujuklah dirimu apabila
melihat ‘musuh-musuhmu’ bahagia. Walaupun kau pernah disakiti sekali, dirimu
akan berasa sakit jika mengenang perbuatan mereka. Dan paling menyedihkan dan
menyakitkan jika kau rasa mereka sedang membina istana serta rumah kebahagian
di atas tanah kedukaanmu.
Wahai diri.. wahai
teman, ingatlah… segala gerak dan tingka laku makhluk adalah dengan izin ALLAH
jua. Sekiranya datang seseorang menghadiahkanmu ‘air mata’… ALLAH sedang mendidikmu dan mengujimu akan sifat
sabar yang sebenarnya. Ingin aku berpesan, jangan kau lihat manusia yang
menjadi ‘sebab’, lihat dengan mata hati yang kau miliki sebenarnya ALLAH jua
menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau terluka oleh kata serta perbuatannya,
sebenarnya DIA sedang mengajarmu erti redha dan sabar. Ingatlah pesan
cendiakawan, ALLAH memberimu terang
untuk kau bersyukur dan DIA member kau gelap untuk kau bersabar.
Begitulah yang saya faham dan seumpama denganya.
Kita bukannya
malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insane. Namun,
ada masa-masa yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakana… tidak ada
keadilan yang mutlak di dunia ini. Seperti yang selalunya kita lihat banyak
penjahat-penjahat yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira
yang benar. Tetapi lebih banyak lagi hamba yang mempunyai hati emas akan terus
dihenyak dan dipijak sebagai sandera ataupun tawanan dalam penjara hiba dan
cela.
Sekali lagi aku ingin berpesan, berbahagialah dengan
kebahagian orang lain. Harus kau terima, kita bukan tuhan untuk mencatur rezeki
dan nikmat untuk semua hambanya.
No comments:
Post a Comment