Thursday, November 14, 2013

Anjing Mengganas, AWAS!

Anjing berkeliaran


Kampung Cemerlang Dinamik gempar dengan masalah anjing yang mengganas di kawasan tertentu. Masalah anjing ini menakutkan warga kampung CD sehingga menjadi igauan malam pelajar. Apa yang menjadi masalah di sini, pihak yang sepatutnya lambat mengambil tindakan. Isu ini semakin berlarutan.

Apa yang menjadi tanda tanya dalam kalangan segelintir pelajar, anjing-anjing yang bertindak ganas itu hanya berlaku dalam kalangan pelajar perempuan sahaja. Setakat ini, belum ada cerita pelajar lelaki di kejar anjing gila itu. Setiap malam ada sahaja suara perempuan berteriak seperti terkena histeria meminta tolong kerana hampir diterkam oleh anjing. Ada ura-ura yang mengatakan terdapat 6 ekor anjing seperti anjing polis yang berkeliaran di kawasan blok pelajar mencari mangsa.



Sampai bilakah masalah anjing mengganas ini menjadi igauan pelajar perempuan di kampung CD? Terbelakah nasib pelajar wanita ini?





                                                                                                                                                               Siti Aminah binti Salleh

No comments:

Post a Comment