Sunday, November 10, 2013

Van Jenazah, Igauan Ahli Pengurusan Masjid & Jenazah



YADIM menganjurkan aktiviti untuk mendidik mahasiswa mahasiswi menjadi Fasilitator yang terbaik di Universiti Malaysia Sabah selama 3 hari, iaitu Jumaat, sabtu dan ahad. Pihak YADIM telah menjemput ahli kelab Pengurusan Masjid dan Jenazah pada hari sabtu untuk menyertai bengkel tersebut. Kebanyakan ahli kelab pengurusan masjid dan jenazah ini tidak mengetahui aktiviti yang dianjurkan. Uztaz Nazri yang merupakan penasihat kelab tersebut memaklumkan jemputan itu kepada ahli kelabnya.

Setelah persetujuan dicapai untuk menyertai bengkel tersebut, ke semua ahli bergerak ke Dewan Kuliah Pusat yang baru. Namun apa yang menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh sebahagian ahli kelab ini, mereka terpaksa menaiki van jenazah untuk ke DKP baru. Salah seorang pelajar yang berada di van jenazah tersebut mengatakan “ini kali pertama dalam hidup saya menaiki van jenazah. Seram sejuk rasanya. Tapi ok juga, kita semua ni bakal jenazah dan satu hari nanti kita akan naik van ni juga”. 

No comments:

Post a Comment