Sunday, November 10, 2013

Pelajar Sekolah Pengajian Seni Gegarkan One Borneo


Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan bulan semarakkan bahasa di ruang legar Hypermarket One Borneo pada hari sabtu tanggal 26 oktober 2013 ini. Pihak DBP telah menjemput pelajar Sekolah Pengajian Seni untuk membuat persembahan bagi memeriahkan lagi bulan semarakkan bahasa ini. Memandangkan pelajar SPS mengambil kursus Resital II pada semester ini, atas budi bicara pensyarah-pensyarah, Pelajar major penulisan di bawah Encik Lokman Abd Samad dan Encik Suhaimi Md yassin akan membuat persembahan di one borneo.

Pensyarah akan membuat penilaian setiap pelajar melalui persembahan ini One borneo tersebut. Pihak DBP juga akan memberi sijil penghargaan kepada pelajar sps yang menyertai aktiviti tersebut. Ada ura-ura juga mengatakan kupon KFC akan diberikan kepada para pelajar.



No comments:

Post a Comment