Thursday, November 14, 2013



Isu Bas tidak 

Berkesudahan…


Bas menjadi satu pengangkutan rasmi bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah kerana ianya sudah termasuk dalam yuran pengajian setiap mahasiswa mahasiswi di UMS ini. Namun pada tahun 2013 ini, kebanyakan pelajar mengeluh dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak menunggu pelajar walaupun ada pelajar yang sudah menghampiri bas tersebut. Lagi malang nasib pelajar apabila di suruh turun daripada bas setelah menaiki bas UMS malah ada pemandu bas yang memarahi pelajar yang menaiki bas tersebut. Bukankah budi bahasa budaya kita? Apa salahnya jika berbahasa dengan sopan.

Pada bulan oktober ini saja, ramai siswazah mengeluh dengan undang-undang baru yang dicipta oleh pihak pengangkutan bas UMS. Bas yang membawa pelajar pulang ke kampung AB dan CD hanya berhenti di tengah-tengah antara kedua-dua kampung tersebut. Pelajar yang menunggu untuk ke kuliah terpaksa berlari-lari untuk mendapatkan bas yang berhenti. Bukankah ini menyusahkan pelajar? Ada yang mengatakan kenapa pelajar diperlakukan seperti ini? Bukankah mereka membayar yuran pengangkutan. Isu berebut menaiki bas sudah tidak menjadi masalah tapi yang menjadi isu sekarang adalah tempat persinggahan bas tersebut. Jadi apa yang harus dilakukan??

P/S : Majlis Perwakilan Pelajar yg rasmi sdh kita ketahui, kita lihat adakah MPP terbaru mampu membawa ‘kebahagian’ kepada siswazah kita?



Siti Aminah binti Salleh

No comments:

Post a Comment