Dialog Orang Seni ( DOS ) Haruskah Seni!!!!
Dalam meniti kehidupan sebagai
seorang anak seni, pelbagai persepsi yang terpaksa dielakkan untuk meneruskan
kerjaya. Tomahan dan sterotaip yang diungkapkan oleh segelintir masyarakat
terhadap bidang seni adalah sesuatu perkara yang menyedihkan. Pemikiran mereka
terhadap perkataan SENI itu adalah sempit ( kata-kata Tuan Haji Samin Ongki )
Pada kesempatan ini pelajar tahun 2 sekolah pengajian seni universiti Malaysia
sabah telah menganjurkan bual bicara mengenai Dialog Orang Seni (DOS) yang
membincangkan tentang “HARUSKAH SENI”. Pelbagai penjelasan yang diutarakan
oleh ahli panel iaitu tuan Haji Samin bin Ongki dan professor madya. Dr Suwaid Tapah.
Penjelasan yang diberikan adalah ringkas tetapi padat berisi dengan pelbagai pandangan dan pendapat berlandaskan syariat dan akedemik. Menurut professor madya, seni itu indah, dan keindahan itu tidak akan berubah sekiranya ia tidak lari dari konsep estetika, etika dan akidah. Tambah beliau lagi seni adalah harus dalam kehidupan kita. Manakala tuan Haji Samin pula berkata bahawa seni itu harus dan bersetuju dengan tajuk perbualan pada hari jumaat itu. Bagi beliau seni itu adalah harus, kerana seni amat berkait rapat dalam kehidupan kita termasuklah dalam pergaulan percakapan, pemikiran dan sebagainya yang berkaitan. Menurut beliau sekiranya seni itu haram, maka apa yang halal? Mengapa isu ini timbul, seni itu tidak haram, tetapi terpulang pada pelakunya untuk bermatlamatkan apa? Ramai anak-anak seni yang mempersoalkan status mereka pada kebajikan iaitu zakat. Segelintir mereka tidak layak untuk mendapatkan wang bantuan zakat, kerana sebab-sebab yang tidak munasabah. Persoalan yang dilontarkan dapat dihujah semula oleh ahli panel. Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak seharusnya dan sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan sesuatu hukum terhadap sesuatu isu yang sebenarnya kita kabur. Ingat kita bukannya tuhan untuk mengambil alih tugasNYA. Sama-samalah kita muhasabah diri dan ingat, kita juga kita boleh menegakkan benang yang basah. Mana yang jelas, harus kita akui!
panel jemputan yang merungkai kekaburan |

Ar-Rahim Bin Abu ( BC12161197)
No comments:
Post a Comment