Friday, November 15, 2013


“Berhati-hati Dengannya”

Berapa peratuskah anda menjaga kesihatan anda?
Tepuk dada jangan tanya selera, tapi tanyalah minda anda! 
“Gula”


  
Sudah tentunya anda akan senyum melihat perkataan “gula”. Minuman tidak akan sesedap rasa dan namanya tanpa adanya gula. Betul?

Gula sememangnya memberi manfaat kepada manusia. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia amnya yang saya tujukan ialah rakan-rakan seperjuangan. Penelitian dan pengkajian secara kasar yang saya lihat, ramai diantara mahasiswa dan mahasiswi di UMS ini suka sangat minum yang berperisa dan manis. Perkara ini sangat serius. Mungkin kesannya mengambil jangka masa yang panjang untuk menonjolkan keakibatannya.

Diantara kesannya yang dapat kita lihat ialah, mengakibatkan penyakit  penyakit kronik seperti diabetis dan sakit jantung. Diabetis atau kencing manis berpunca apabila pancreas yang terletak di bawah perut, gagal mengeluarkan insulin yang mampu untuk menhuraikan kandungan gula dalam badan kita. Hal ini akan mengakibatkan kandungan gula dalam tubuh kita akan disimpan sebagai lemak lalu dalam jangka masa yang panjang akan menjadi punca saluran darah tersumbat dan aliran darah akan terganggu dan besar kemungkinan akan mengakibatkan seseorang individu itu mengalami serangan sakit jantung.

Mungkin kesan ini, akan menggegarkan dan mengerikan  bagi mereka yang suka makan ataupun minuman yang manis, jadi terpulang pada rakan –rakan untuk memikirkan kesan buruknya yang lebih banyak berbanding kesan yang baik.

Ingat kesihatan tidak ada nilai! Ianya amat berharga, oleh itu hargailah kesihatan yang kita miliki pada hari ini.


Ar Rahim Bin Abu (BC12160197)


1 comment:

  1. "Mungkin kesan ini, akan menggegarkan dan mengerikan bagi mereka yang suka makan ataupun minuman yang manis, jadi terpulang pada rakan –rakan untuk memikirkan kesan buruknya yang lebih banyak berbanding kesan yang baik." Baiki ayat ini.. Artikel yang menarik namun terdapat beberapa kesalahan kecil yang mencacatkan artikel ini.. TIngkatkan usaha.

    ReplyDelete