Thursday, November 14, 2013

KEMALANGAN KERETA YANG MENGEJUTKAN DI ANGKASA APARTMENT UMS



Kampung Rampayan 28 Oktober – Seorang wanita yang berumur 21 secara tidak sengaja telah merempuh sebuah kereta Proton Wira berwarna biru yang sedang parking di Angkasa apartment.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu, pemilik kereta wira itu dilaporkan berada di bilik ketika kemalangan tersebut berlaku. Mangsa hanya menyedari kemalangan tersebut beberapa minit kemudian selepas diberitahu oleh rakannya yang kebetulan lalu di tempat kejadian. 

Sekuriti yang bertugas pada ketika itu berkata, kereta  Myvi putih yang dipandu oleh wanita tersebut yang juga merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah dengan tiba-tiba sahaja merempuh kereta Proton Wira berkenaan.  Pelajar wanita itu dikatakan  secara tidak sengaja telah menekan minyak kereta sewaktu hendak parking dan ini telah menyebabkan keretanya hilang kawalan dan telah merempuh kereta dihadapannya.




“Akibat rempuhan kuat itu. Kereta Proton Wira itu telah mengalami kerosakkan di bahagian belakang bonet dan cermin kereta. Manakala kereta Myve yang dipandu oleh wanita itu juga mengalami kerosakan di bahagian depan kereta. Berita baiknya tiada kecederaan fizikal dilaporkan.




Ditulis oleh : YUSRI BIN JESNAR

No comments:

Post a Comment