Mesin
Baru Perpustakaan UMS
Sedarkah
anda tentang kewujudan mesin baru di perpustakaan UMS??? Apakah fungsinya???
Adakah perkara ini juga menjadi persoalan di minda kalian?
![]() |
Mesin peminjaman buku |
Mesin
yang terletak berhampiran dengan kaunter peminjaman buku di perpustakaan itu
merupakan mesin baru yang diperkenalkan . Mesin itu berfungsi untuk memudahkan pelajar untuk
membuat peminjaman buku sendiri dengan lebih pantas. Kewujudan mesin ini
sekaligus mengurangkan masalah kesesakan
di kaunter peminjaman buku. Kaunter kini hanya digunakan untuk sebarang
pertanyaan dan tujuan pemulangan, pembaharuan tarikh serta pembayaran denda sekiranya
buku lewat dikembalikan. Sekiranya pelajar ingin menggunakan perkhidmatan
tersebut tetapi tidak mengetahui cara-cara menggunakannya, tidak perlu risau
kerana akan ada kakitangan perpustakaan yang akan menunjukkan cara
mengendalikan mesin itu. Jelaslah bahawa Universiti Malaysia Sabah juga
mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan teknologi yang baru dan canggih. Semoga kemudahan ini digunakan sebaik-baiknya oleh para pelajar UMS.
![]() |
pelajar yang sedang menggunakan kemudahan yang disediakan |
Mustika Binti Derise
Tingkatkan usaha anda
ReplyDelete