Jawatan Presiden
MPP menjadi rebutan!
Hari mengundi tiba
lagi. Bagi mereka yang ikut bertanding mula terasa getarannya dan pastinya mula
sibuk mengadakan kempen masing- masing. Terdapat dua 'parti' yang bertanding
dan membawa agenda mereka iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Pada 31 Oktober
yang lalu, semua Mahasiswa dan Mahasiswi diwajibkan untuk turun mengundi di DKP
baru. 'Hari buang undi' bermula dari
seawal jam9 pagi dan berakhir pada 5 petang.
berkempen di kolej Angkasa |
Setelah menjalankan tanggungjawab masing-masing, keputusan PRK kampus induk UMS telah berpihak kepada Aspirasi yang berjaya memenangi 6 kerusi daripada 7 kerusi yang dipertandingkan. Manakala Presiden MPP pula dipegang oleh Fandyi Sanizan.
Persoalannya, adakah mereka menjalankan tanggungjawab sepertimana yang dijanjikan semasa hari berkempen atau sekadar janji yang ditabur untuk meraih undi daripada siswa dan siswi? Jangan pula seperti menanam tebu di tepi bibir. Siswa dan siswi memberi kepercayaan kepada mereka yang telah berjaya menjadi ahli-ahli MPP sesi 2013/2014. 'Kekalkan Momentum Kebahagiaan.'
pergi menunaikan tanggungjawab mengundi |
pengundi |
buang undi di DKP baru |
Nur Razirah binti
Tahir
No comments:
Post a Comment