“Janji ditunaikan”
Hal ehwal pelajar Universiti Malaysia
Sabah, sekali lagi menunaikan tanggungjawab dan janji terhadap pelajar yang
layak untuk mendapatkan bantuan. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang
untuk meringankan beban dan tanggungan ibubapa para pelajar. Para pelajar yang
menerima bantuan kebajikan dari HEP adalah diantara mereka yang terpilih untuk
menerima bantuan ini. Jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah
berbeza-beza mengikut jumlah tanggungan ibubapa. Justeru itu para pelajar
diharapkan akan memberikan yang terbaik untuk setiap keputusan peperiksaan
akhir semester. Setidak- tidaknya pelajar menghargai bantuan ini dengan
memberikan yang terbaik untuk Universiti Malaysia Sabah. Majoriti pelajar yang
menerima bantuan ini berasa terharu dan meyakini bahawa janji untuk kebajikan
pelajar adalah diutamakan.
Keratan Cek bantuan kebajikan pelajar |
Dengan adanya bantuan yang diberikan oleh pihak Hal
Ehwal Pelajar ini sekurang-kurangnya dapat meringankan masalah dan bebanan
pelajar untuk di akhir semester . Hal ini demikian kerana, rata-ratanya pelajar
pada penghujung semester akan mengalami masalah kewangan. Perbualan antara
pegawai HEP telah menambahkan lagi keyakinan pelajar terhadap permohonan yang
akan dibuka. Pelajar dinasihatkan untuk memohon sekiranya permohonan kebajikan
dibuka, hal ini kerana setiap permohonan akan dibuka sekali sahaja untuk satu
semester. Para pelajar yang sudah membuat permohonan diharap tidak jemu dan
putus asa untuk memohon semula seandainya permohonan anda tidak diluluskan. Tuntasnya disini pelajar tidak boleh menanamkan sifat yang suka berputus asa
sekiranya anda gagal untuk pertama kalinya, kerana gagal untuk permohonan yang
pertama kali tidak bererti gagal untuk selama-lamanya.
Siti Aminah Binti Salleh
No comments:
Post a Comment