Friday, November 15, 2013

Ketibaan Bas Umpama Berlangsungnya Jualan Murah


BAS OH BAS…..Bas UMS kini menjadi rebutan para mahasiswa. Jadual  ketibaan bas sepertinya tidak teratur terutamanya pada waktu pagi sedangkan para mahasiswa kebanyakkannya mempunyai kuliah pada waktu itu. Hal  ini akan menyebabkan pelajar akan lewat masuk ke kuliah  walaupun awal menunggu ketibaan bas. Lagi-lagi kini tempat persinggahan bas tidak tentu dan pelajar terpaksa lagi berlari jika bas berhenti terlalu jauh. Ini sangat menyusahkan mahasiswa. Ketibaan bas ini tidak kira waktu pagi, tengahari ataupun malam sama sahaja. Para mahasiswa pasti akan berebut untuk naik bas tersebut seperti melihat ada jualan murah sahaja. Apabila terlihat sahaja bayang-bayang bas pasti semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan akan bersedia dimana  pintu bas akan berhenti. Setelah pintu bas terbuka maka akan berlakulah perebutan. Tidak ada lagi yang malu-malu dan istilah “Ladies First” juga tidak wujud jika sebut pasal bas di UMS  semua akan berebut kerana takut ditinggalkan oleh PAK CIK BAS disebabkan lebih muatan. 

suasana ketika bas tiba

Masalah bas ini tiada kesudahannya walaupun telah bertukar tampuk kepimpinan pelajar. Siapakah  yang akan dapat mengubah nasib mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas UMS ini?


                                                                                                          Mustika Binti Derise

No comments:

Post a Comment