Thursday, November 14, 2013

ANGKASA APARTMENT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEOLAH-OLAH RUMAH SETINGGAN DAN RUMAH TIDAK BERPENGHUNI



Angkasa apartment 14 November – Ketiadaan langsir menyebabkan Angkasa Aparment yang didiami oleh mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaysia Sabah kelihatan seperti kawasan setinggan. Terdapat pelajar yang menggunakan kain pelikat sebagai langsir, malah yang lebih teruk ada yang menggunakan kertas untuk menutupi cermin lutsinar tersebut.

Menurut pelajar-pelajar wanita yang tinggal di blok K dan L, mereka terpaksa menggunakan kain pelikat atau kertas sebagai alternatif untuk menggantikan kain langsir kerana mereka mendakwa saiz tingkap yang besar dan menggunakan cermin lutsinar itu membolehkan pejalan-pejalan kaki yang lalu di kawasan Angkasa Apartment UMS boleh melihat mereka dengan jelas di dalam bilik tersebut. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk menyalin pakaian kerana meragui mungkin terdapat mata-mata yang mungkin sedang memerhatika tingkah-laku mereka dalam bilik.



Dikatakan, pada pertengahan september lagi, pihak pengurusan sudah memaklumkan kepada semua penghuni di Angtkasa Apartmen bahawa pihak pengurusan akan menyediakan langsir. Namun sehingga sekarang langsir berkenaan belum ada ada sesetengah pelajar yang mengambil jalan dengan membeli kain langsir sendiri.


                                        
                                            Ditulis oleh : YUSRI BIN JESNAR                                                                                                                                             


No comments:

Post a Comment