“Sesak, tetapi menggiankan”.
Itulah yang akan berlaku pada setiap kali berlangsungnya Konvokesyen Universiti
Malaysia Sabah. Kesesakkan ini akan dirasai oleh mereka yang menggunakan kenderaan
sendiri. Semua anggota berkuasa telah berusaha untuk mengatasi dan cuba
menyelesaikan masalah yang julung kalinya dihadapi setiap kali berlangsungnya
majlis konvokesyen. Pada pendapat penulis, kesesakan ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor yang tertentu. Road block selalunya akan berlaku pada waktu
petang. Hal ini kerana, pada waktu itulah semua pekerja UMS dan penjawat awam
akan bergerak balik ke rumah masing-masing. Hal ini ditambah lagi oleh
pengunjung yang tidak jemu-jemu untuk datang bertandang ke Tamu Gadang.
Pengunjung yang datang akan menambahkan lagi kemeriahan suasana konvokesyen.
Hal ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi peratus kesesakan jalan
raya pada ketika itu. Bukan itu sahaja, malah kedatangan para artis jemputan seperti
Azlan, Heliza Helmi, Akim, Fiq dan yang lain turut menambahkan jumlah pengunjung yang datang. Hal ini sudah pasti akan membawa kepada peningkatan kesesakan jalan raya,
terutamanya pada jam 5pm- 6pm.
![]() |
![]() |
Kepelbagaian yang ada pada Tamu Gadang juga
turut menarik minat pelancong dari luar untuk datang bersama-sama
memeriahkan lagi suasana majlis yang berlangsung di Tamu Gadang yang lazimnya
akan disambut setiap kali konvokesyan berlangsung. Apapun keadaannya semua
pemandu dan penunggang motorsikal hendaklah sentiasa berwaspada dan
berhati-hati ketika berada dalam kesesakan, hal ini kerana keadaan itu amat
menguji kesabaran terdapat segelintir pemandu yang mempunyai sikap tidak
bertanggungjawab dengan memotong di sebelah kiri jalan raya. Malah pada waktu
kesesakan juga boleh berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan. Oleh yang
demikian sama-samalah kita berusaha untuk menjaga tingkah laku sewaktu berada
di atas jalan raya, terutamanya apabila terlibat dalam kesesakan lalu lintas.
Yusri Bin Jesnar
No comments:
Post a Comment