Andai hari ini ialah hari
yang terakhir kau berada dimuka bumi…. Apa yang akan kau lakukan?
Kematian.. mati adalah
satu proses permulaan kepada hidup yang kekal abadi. Andai hari ini adalah yang
terakhir dalam hidup di muka bumi ini… apa yang akan kau lakukan…
Apabila diri
ini berbicara tentang mati, sudah pasti perasaan takut, sedih, gunda-gulana itu
akan bercampur baur. Tidak pernah terdetik dan terfikir olehku… andai hari ini
hari terakhir nafasku menyedut udara didunia ini… Sudah pasti anda juga akan
merasakan apa yang aku rasakan. Perasaan takut akan kegelapan, takut akan
soalan kubur, perasaan sebak, gelisah itu tidak dapat aku gambarkan dengan
kata-kata, banyak…sedikit… hanya hati akan dapat merasai erti sebuah kematian….
Seandainya hari
ini Tuhan telah takdirkan dalam kamus hidupku adalah hari ini yang terakhir,
siapa orang pertama yang mendengar ketakutan dan rintihanku ini…? Rasanya tidak
perlu diteka kerana sudah pastinya ibumu sendiri. Tapi rintihan itu hanya
tinggal rintihan, dan ketakutan tidak dapat membuat apa-apa untuk kau mohon
penangguhan, kerana janji Tuhan itu adalah pasti! Kita tidak mampu untuk
melawan takdir hidup ini. Air mata yang mengalir tidak akan mampu menundakan
masa yang akan menjemput pengakhirannya…
Manusia..
manusia hanya akan ingat setelah ia rebah, setelah ia tahu akan hakikatnya yang
sebenar. Merintih, merayu dan memohon pada Tuhannya… untuk meminta belas
kasihan.. itulah manusia. Naif sungguh manusia sebegini! Begitu jua dengan diriku
yang hina lagi daif di sisi Tuhannya..
Ya ALLAH! Ya ALLAH!... sungguh aku takut menghadapainya… ibubapa takkan
mampu membantuku untuk menundakan waktu itu.! Alangkah sedihnya, takutnya akan
hari yang dijanjikan …
No comments:
Post a Comment