Thursday, December 5, 2013

Anugerah Terindah


Kesakitan
Sudah sebati dalam diri insan yang disayangi
Malamnya ibarat siang
Siangnya ibarat malam yang panjang
Dengan rakus dia beradu dengan lena yang mengasikkan.

Mutiara tua itu
Ada garis kedukaan terpancar pada wajahnya
Merana hati melihat anak yang dibelanya
Terlantar pedih di ruangan serba putih itu
Dek kerana sayangnya yang melimpah ruah
Kehulu kehilir tanpa penat lelah
Mutiara itu ibarat layang-layang terbang merata mencari penawar.

Kesakitan,
Membuatkan aku meraung memanggil bondaku
Dialah penawar keperitan yang kutanggung
Titipan doanya kepada Illahi
Alunan ayat suci yang meniti di tubir bibirnya
Menjadikan aku tenang berada di sisinya.

Setiap bersama mutiara terindah ini
Segala kesakitan hilang di balik tubuh kecilku
Senyuman kasih sayang tak pernah lekang
Daripada insan-insan menyayangiku sepenuh hati
Jauh di sudut hati
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana mereka tidak menanggung keperitanku ini.





Siti Aminah binti Salleh

No comments:

Post a Comment