NAMA : AR-RAHIM BIN ABU
“ TITISAN EMBUN LIZA SYARIFAH ”
Kerdipan
matanya yang biru itu menitiskan cecair permata yang penuh dengan duka, setiap
kali bertemu, dan bertentang mata pada setiap lamunan si Dia, membuatkan luka
lama berdarah semula, itulah Liza Syarifah yang terkenal mahsyur diseluruh
sekolahnya. Persahabatan yang akhirnya membuahkan bibit cinta dalam hatinya. Putera
Jibran yang merupakan sahabat karibnya dengan Lye dan Farid mula menemui haluan
dan arah tujuan dalam persahabatan. Ikatan persahabatan antara mereka menjadi
bualan hangat dalam kelas tingkatan 6 Insiprasi.
“Liza kau tak
kemana-mana ke hari ni” Tanya Lye. Liza yang termenung dalam lamunannya bangkit
menjawap pertanyaan Lye. “eh bukankah hari ni Cikgu Mastura nak kita jumpa
dia?”. Jawab Liza dengan pertanyaannya pada Lye. Kedua –duanya saling membuat
kerja masing-masing. Kerja rumah subjek ekonomi masih lagi tertanggu dek
kemalasan dua bersahabat itu.
Percintaan
dalam diam antara Liza dan Putera Jibran membuatkan mereka sentiasa
berhati-hati menjaga hubungan Lye yang selama ini menyimpan perasaan terhadap Putera
sudah lama dihidu oleh Liza sahabat karibnya. Cerita tentang Putera yang tak
habis – habis oleh Lye membuatkan Liza dapat merasakan sesuatu tentang perasaan
Lye sahabatnya itu. “Liza kau tahu tak, tadii..tadi Putera bagi aku nasi lemak
yang dibuat ibunya… “ nada suara Lye cukup membuatkan Liza tahu betapa
bahagianya Lye berdamping dengan Putera kekasihnya itu….
“Farid, hari
ni kelas cikgu Hani di batalkan.” Kata Sam pada Farid. “tapi bukankah cikgu nak
masuk topik baru hari ni?” Tanya Farid
pada Sam. Sam hanya mengangkatkan bahu tanda tidak tahu apa-apa. Liza dan Putera
hanya melihat interaksi diantara Sam dan Farid. “Liza boleh tak kita semua ulang
kaji sama-sama?” Tanya Putera pada Liza. Lye hanya memandang tajam pada wajah
Liza dan Putera, terasa bagaikan kaca dihempaskan pada hatinya sebaik sahaja
Putera mengajak Liza untuk belajar bersama-sama. Farid juga merasakan benda
yang sama dirasakan oleh Lye. Iyalah Liza dan Putera bagaikan pasangan cinta
antara Romeo dan Juliet. Sebenarnya
mereka saling memahami perasaan masing-masing. Lye sebenarnya tahu yang Liza
dan Putera saling bercinta. Hasad dan dengki membuatkan Lye merancang untuk
melakukan sesuatu.
Haruman
kedengkian yang sangat menusuk membuatkan Farid terikut-ikut dengan rencana Lye
Dania. “ Liza, Farid sebenarnya nak jumpa kau lepas kelas cikgu Fadilah,
katanya dia nak cakap sesuatu dengan kau” bisik Lye pada telinga Liza. Liza.
Liza! Kenapa kau tak berfikir sebelum kau ikut semua kata-kata Lye tu. Hhmmm..
Godaan matanya
membuatkan hati Farid semakin gila bagaikan babi liar. Nafsunya dan cintanya
pada Liza semakin membuak-buak. Namun cuba dikawal oleh gerak laku dan topeng
peribadinya sebagai orang yang alim. ‘hhmm… Liza thanks ya sebab sudi datang..” senyum yang terukir itu jelas
menunjukkan betapa mencanaknya nafsu Farid terhadap Liza sahabatnya itu. “haa..
Farid ada apa kau nak jumpa aku ni” Tanya Liza dengan nada yang halus tetapi tegas.
Belum sempat Farid menjawapnya Putera terus menyampuk dari celah jendela tingkatan
4 cemerlang itu. “ heii Putera, apa kau buat dekat kelas ni? Tanya Farid dari
luar tingkap. Liza hanya menundukkan kepalanya sebaik sahaja Putera melihatnya.
“hhhmmm… ni aku tengah kira order
baju kelas cikgu Mastura ni, yang kau apa buat dengan Liza di tempat sunyi ni?”
Tanya Putera dengan nada yang
menghairankan. “ aku balik dulu laa, nanti ibu Liza risau pula dekat rumah tu, dah
pukul 5.10pm ni…” makluman Liza pada sahabatnya itu.
“Liza! Apa
lagi yang kau termenung tu… apa tak habis-habis lagi ke dengan cinta kau pada Putera
tu.. hei suda-sudala tu nak oii… mari bantu ibu cuci pinggan mangkuk ni.” Kata
ibu pada Liza. Sudah setahun lebih perkara ini terjadi. “tapi mengapa ini
tejadi padaku? Aku tak tahan ya Allah! Bantu hambamu ini… bisik hati Liza.
Sekali lagi kelopak matanya melahirkan titisan air matanya yang suci.
Kedengaran bunyi hon
kereta pada ruang kedai mak Lijah, emak Liza Syarifah. “pittt..pit,pit…”
“hati-hati man…” kata mak Liza pada abangnya.
“Liza
sebenarnya awak dah tahu bukan perasaan saya pada awak….” Hati Liza bagaikan
taman yang kembang dengan bunga mawar. “ermm… sa.. saya tak faham Putera” nada
Liza yang seolah-olah faham dan minta pengakuan secara jujurnya dari Putera.
“apa awak tak rasa ker yang saya selama ini memang cintakan awak…. Awak..”
keluh Putera pada gadis idamannya itu. cinta kedua remaja ini bagaikan ombak
dan lautan yang tak terpisah untuk selamanya. Tapi siapa tahu kisah mereka
selanjutnya…?
“Farid.. saya tak
kisah awak kena juga pujuk Liza tu sukakan awak..! tolong rid… aku tak nak
kehilangan Putera..” pujuk Lye pada sahabat sekongkolnya itu. “ sabarlah Lye..
kau bukannya tak tahu yang aku juga memang cintakan Liza…” kata Farid pada Lye
semasa perjalanan pulang ke rumah mereka sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan
Murni Melati Johor.
“empat tahun
aku menunggu Lye! Aku dah tak sanggup lagi.” Pengakuan Farid pada Lye semasa
dalam perjalanan ke pejabat dekat Dewan Bahasa dan Pustaka. “ kau bukannya tak
tahu perasaan aku pada Putera tu rid, aku memang tak sanggup rid” luahan Lye
pada sahabatnya itu.
Kringgg!
Kringggg….. kringggg…! Bunyi telepon menbingitkan suasana pagi dalam pejabat
DBP itu. “En. Farid? Tunggu kejap .. Farid… Farid…” panggil salah seorang rakan
setugaasnya.
Titisan air
mata jatuh bercurahan satu persatu bagaikan titisan embun di hujung daun. “Aku
tak sangka…” bisikan hatinya yang beserta air mata. Semua rakan sekerja Lye
hairan dengan keadaan Lye yang tiba-tiba sahaja menangis menahan sebak. Lye.. Lye.!
Lye… ada apa ni Lye…? Jangan nangis… sudah…” pujuk Cik Hijrah rakan setugas Lye
dan Farid. “tak da apa-apa la… it’s ok… I’am fine…” kata Lye dengan
penuh kepura-puraan.
12
disember 2012. Dengan penuh hormatnya kami sekeluarga
menjemput Cik Lye Dania binti Basri untuk datang ke majlis perkahwinan
anak kami Liza Syarifah binti Mahmud
& Putera Jibran bin Habbas.
Atur cara majlis 7pm-10pm.
Hotel D’Marinna
Atur cara majlis 7pm-10pm.
Hotel D’Marinna
hhmmm.. jemputan
itulah yang membuatkan Lye menangis bagai monyet kematian pokok pisang. Pintu diketuk
perlahan-lahan oleh Farid. “tukk.. tukk.. Lye,..” belum sempat Farid menghabiskan
kata-katanya Lye sudah memintas. “cukup rid.. cukup.. aku tak sanggup lagi..” suara Lye yang terketar-ketar itu sudah cukup
untuk membuktikan kekecewaannya terhadap Putera Jibran. Kelopak matanya yang putih itu kelam dek celak
yang basah oleh air matanya. Sungguh dia tidak menyangka yang Putera langsung
tidak mempedulikan luahan yang pernah dia dengar sendiri sewaktu tingkatan 6
atas, 5 tahun yang lalu. “aku .. aaa… aku sedih rid…. “Aku tunggu lama jawapan putera, aku tak
sangka surat jemputan pengganti dirinya..” pengakuannya yang cukup menghibakan
itu membuatkan Farid cuba mengambil hati Lye yang selama 2 tahun ini menunggu
saat sesuai menggantikan tempat Putera dihatinya. Ooo My God! Tak sangka Farid memendam perasaan pada lye. Siapa
sebenarnya di hati farid ni lye dania atau liza syarifah? “Liza sudahlah tu..
kita kena terima yang mereka berdua bukan untuk kita.” Jelas Farid pada Lye.
Pisang panas,
roti cream hazel dan sirap bandung itu hanya dipandang sahaja oleh Lye. Baginya
kebahagiaan Liza hanya membuatkannya terluka saat mengenang bibit kebahagian mereka
berdua. Kebenciannya terhadap dua sahabat itu hanya memakan dirinya.. “ eh Lye,
cepatlah makan.. kan lewat pula masuk office,
dah 1.58pm suku ni” rayu Farid pada
temannya itu. “ adik tolong bungkus semua ni” kata Lye pada pekerja restoran
itu.
“hello.. good morning my dear” sapa Farid pada Lye.
Entah mengapa nada Farid seolah-oleh cuba memikat hati Lye. Lye yang mengemas
mejanya itu hanya tersenyum melihat telatah Farid. Senyum yang dilontarkkan itu
cukup membuatkan hati Lye gembira. “mungkin Lye dah dapat terima kenyataan
kot..” bisik hati Farid. “ jadi kau pergi tak majlis sanding kawan kita tu
malam esok?” Tanya Farid. “ of course I datang.” Tegas Lye. “ I want to see my ex-lover.” Suaranya
cukup membuatkan hati Farid senang, kerana Farid yakin yang Lye sudah menerima
takdir mereka. Terbayang diwajah Farid akan Lye yang mungkin akan menjadi
milikinya. Hanya beberapa langkah lagi…
“thanks Lye, Farid… kamu tetapa sahabat Liza dan Putera” kata
Liza sewaktu Lye dan Farid datang ke majlis mereka. “jaga isteri tu baik-baik..
hhmmm.. untunglah… selamat pengantin baru sahabatku..” ucap farid pada teman
mereka itu… Alhamdulillah…
Alhamdilillah..
lye dah dapat menerima kenyataan. Lagipun buat apa lye membenci percintaan
sahabatnya itu? Bukankah dia hanya membakar dirinya saat mengenangkan
kedukaannya? Lagipun kemarahan dan kekecewaannya itu hanya membuatkan dia
berasa sakit dengan melihat Liza yang
membina istana kebahagiaan di atas perahu kedukaannya.
Bunyi pinggan
pecah menyedarkan Liza Syarifah dari lamunannya. Mengalir lagi air mata
kedukaan Liza Syarifah saat mengenangkan kebahagiannya dengan Putera Jibran
bekas suaminya. “ Liza angkat pinggan mangkuk tu baik-baik! Kan da pecah” Liza
yang tidak dapat melanjutkan pelajarannya seperti Farid, Lye dan putera
membuatkan dirinya begitu menjarak dengan mereka semua. Iyalah, Liza Syarifah
hanya membantu ibunya di restoran milik keluarganya.
“ abang… Liza
nak masak apa hari ni?” Tanya Liza pada suaminya. Hanya senyuman sahaja yang
dilontarkan oleh suaminya. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada hari
itu. Belum sempat Putera nak menjawab soalan, isterinya rebah secara tiba-tiba.
Putera mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital
berdekatan.
“Tahniah! Anda
bakal menjadi seorang ayah tak lama lagi.” Hati Putera bagaikan taman bunga
yang penuh dengan sang rama-rama. “terima kasih doktor” hanya itu sahaja yang
lahir dari mulut Putera. putera mengendong isterinya masuk ke dalam kereta
Honda miliknya. “mulai hari ini, isteri abang ni tak payah lagi buat kerja-kerja
rumah..” kata-kata Putera membuatkan Liza tertanya-tanya. “ kenapa pula abang?
Siapa nak siapkan keperluan kita semua?” Tanya Liza dengan penuh kehairanan.
“isteri abang ni kan bakal menjadi
seorang ibu.” Terangnya pada Liza. Kebahagian yang dilimiki hanya pinjaman
semata-mata. Jangan kita lupa Allah itu yang menentukan segala. Dia Maha
Mengetahui
Layanan dan
sapaan oleh Puan Kalmia membuatkan Liza terasa disayangi. “Liza, kamu tu sedang
berbadan dua, hati-hati ya” kata ibu mertua sewaktu Liza cuba menuruni anak
tangga. Alangkah bahagianya hidup liza.
“Liza entah
kenapa badan abang ni menggil jew, abang bukannya demam..” jelas Putera pada
isterinya sewaktu memasang stocking.
“Liza nak kirim apa-apa tak?” Tanya putera pada isterinya. Belum sempat
isterinya menjawab soalan, menyusul pula ajakan daripada Putera pada isterinya
“Liza tonight, kita dinner dekat palace hotel, dah lama kita tak makan mewah sama-samakan” Liza
hanya tersenyum saat menerima ajakan suaminya.
Sekali lagi
dentuman meja membuatkan Liza tersedar dari khayalannya. “Hei engkau nie!! Kau
tak tengok ka semua customer perhatikan kau?! Mak Liza cuba bertegas kali ni.
Sudahlah tu liza… jangan kau asyik nak mengelamun je, terima seadanya” kata mak Liza.
“entahlah mak,
tiap kali Liza termenung, asyik ingat je peristiwa lalu.” Sayu suara Liza
berkata pada ibunya sambil membawa sebuah dulang yang berisi sayur-sayuran.
“Ingat Liza, kelmarin hanyalah kenangan, hari ini ialah kenyataan. Jadi
hiduplah untuk hari ini.” Hhmmm…. Keluh mak Liza.. sempat lagi mak lijah ni
berfalsafah segala..
“mak… Liza nak balik dulu
ye, ada hal sikit.” Terang Liza pada ibunya. “kau ni tak habis-habis” jawap mak
Liza.
Apa sebenarnya yang
terjadi pada Liza? Mana Putera Jibran suaminya.
“abang..
bang.. petang ni Liza kena ke klinik, temujanji Liza dengan doktor.” Jelas Liza
pada suaminya. “baiklah za, nanti abang hantar… lagipun abang nak buat
pemeriksaan doktor ni, badan abang macam tak selesa, rasa muntah, makan pun tak
selera la za…” jelas suaminya dengan nada yang menarik perhatian isterinya.
“abang… abang janganla fikir pasal kerja office
tu sangat” nasihat Liza…
“Bang… lagi
beberapa hari jak anak kita akan lahir bang…” gembira Liza memberitahu suaminya
yang termenung menyandar di tepi tingkap itu. Entah mengapa sejak akhir-akhir
ini Putera Jibran asyik termenung je… seperti ada sesuatu yang tak kena. “za..
kalau anak kita lahir nanti kita namakan dia Putera Syazwan untuk lelaki dan
Khaila Jibran untuk perempuan…” sedap tak nama tu?” soal Putera pada isterinya
ambil mengusap-usap dan membelai anak dalam perut ibunya… ya Allah! Apa sebenarnya yang cuba di
selindungkan oleh Putera Jibran?
Yassin…
wal quran nil hakim…. Inna kala minal mursalin…..
Sekali lagi bacaan
ayat suci itu menyentapkan Liza Syarifah dari khayalannya…. “ kelopak air
matanya yang biru itu cukup membuat adiknya Zira faham situasi kakaknya. “kakak
kena tabah kak! Sampai bila kakak berterusan macam ni?” nasihat adiknya.
“Liza petang
nanti kakak nak jumpa En.Sharifuddin di pejabat KWSP. Tolong mandikan Putera Syazwan
ye..” itu adalah jawapan yang diberikan oleh
Liza pada nasihat adiknya tadi. “kakak jangan lupa beli lampin baru
untuk wan ye..” pesanan adiknya membuatkan Liza menoleh kebelakang.. dia hanya
menganggukkan kepalanya.
“abang..
abang,, kenapa sembunyikan semua ni dari Liza bang… kenapa??” sebak suaranya
tidak mampu untuk menyedarkan Putera Jibran suaminya. “puan Liza, kita terpaksa
membedah tuan sekarang. Barah di kepala Tuan Jibran semakin parah.” Kata doktor
Fuad Yestra. Hanya titisan air mata yang mengiringi suasana itu. Di ambil
tangan Jibran yang mulus itu kemudian diusap-usapkan pada perutnya. Semua keluarga yang hadir pada ketika itu
hanya menangis tanpa henti. Kedengaran raungan Puan Kamlia ibu Putera jibran….
“Putra..Putraa… jangan tinggalkan kami nak…” Liza Syarifah hanya menyapu air
matanya yang tidak putus-putus mengalir. Hanya doa yang dititipkan buat
suaminya yang bertarung nyawa dengan sakaratul maut.
“puan.. puan
nak kita dah sampai” kata pemandu teksi itu. Aaa…. Ok..ok.. “berapa ya?’’ Tanya
Liza. Selesai dari pejabat KWSP, Liza terus ke Pasar Besar Giant yang tidak
jauh dari Wisma KWSP itu. “abang baju ni cantik tak?” soalan Liza pada
suaminya. Semua menjadi kenang-kenangnya bersama suami tercinta. Selesai
mengambil lampin bayi, Liza terus berbaris di kaunter.
“abang.. abang
kena berjuang untuk anak abang nii.. tolong bang…” suara yang sayu itu
menambahkan lagi kesedihan pada ketika itu. Dengan perut yang membonjol Liza
ikut ke Dewan Pembedahan tetapi doktor tidak mengizinkan. Semua yang hadir
termasuk keluarga suaminya hanya sedih menitiskan air mata. Ada yang kelihatan
tenang, ada yang muram seolah-olah tidak menyangkah Putera menyembunyikan
sakitnya dari keluarga. Liza tidak dapat menahan sebak didada, jatuh ke ribaan
ibunya.. titisan air mata yang tak henti membuatkan semua yang ada di situ
sedih dan bersimpati terhadap nasib Liza Syarifah.
“ kita sudah
berusaha, bukannya Allah tidak membantu kita, tetapi Allah telah menjemput dia
untuk awal ke alam baqa’ ( nyata)…”
kata-kata itu memecahkan keheningan subuh pada pukul 3.46am. Liza Syarifah
duduk perlahan-lahan di kerusi dengan rembesan air mata yang mengalir bagai air
jeram di Desa. “inna lillahi wa inna ilaihi
rojiun” hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Liza Syarifah. Semua yang ada
pada subuh itu segar bugar dengan berita yang disampaikan oleh doktor Pakar
Barah Otak. Raungan demi raungan keluarganya memecahkan keheningan subuh itu…
“Liza sabar
nak…. Sabar.. Allah mengujimu nak…” Lye Dania dan Farid yang ada pada ketika
itu hanya menangisi kematian sahabat mereka. Lye dania hanya memeluk Liza yang
tidak jauh dari sisinya…. “sabar za… kita semua sayangkan arwah..” suara Lye
menambahkan lagi kederasan air mata yang mencurah-curah keluar dari anak
matanya..
“Abang Liza
sayang abang… halalkan makan dan minum yang abang berikan pada kami.. hanya doa
yang dapat Liza titipkan buat abang.. pergilah dengan aman.. semoga Allah mengampuni
dan memberkati abang di sana.. kami redha bang…” bisikan Liza Syarifah pada telinga suaminya
sewaktu dimandikan…
Ya Allah betapa besar
ujianmu pada Liza! Tabahkan hatinya ya Allah!.
Tahlil yang ke
tujuh hari merupakan hari bahagia buat Liza, Putera Syazwan dilahirkan.. anak
inilah yang menjadi pengganti ayahnya… anak inilah jua yang membuat hidup Liza
semakin bermakna walaupun sudah menjadi balu diusia yang masih muda… semoga
Liza Syarifah tabah menhadapi dugaannya…
“Puan.. Puan..
semuanya Rm48.70….” jelas casher
kaunter 6 itu… sekali lagi Liza tersentap dari lamunannya…. Titisan air matanya
cukup menjelaskan pada casher itu
akan lamunannya…..
Adakah Liza Syarifah
benar-benar menerima pemergian suaminya?
No comments:
Post a Comment