Surat Kecil Buatmu Chinggu
“Wawa!” suara yang memanggil dengan nyaring
itu membuatkan Wawa tersentak seketika. Dia berpaling ke arah suara itu.
Terukir senyuman di wajahnya apabila melihat Ayu melambai-lambai ke arahnya
dengan membawa buku-buku miliknya yang dipinjam oleh Ayu tempoh hari di
tangannya sambil berlari-lari anak. Inilah teman yang Wawa sangat sayangi termasuk
Fatin dan Izzati. Ayu memahami daripada segala aspek dan mereka mempunyai
persamaan yang banyak. Namun siapa yang tak kenal Ayu, gadis kenit yang lincah
dalam segala urusan namun Ayu juga terkenal dengan sifatnya yang manja dan
cengeng dalam persahabatan kami berempat. Maklumlah Ayu lahir hujung-hujung
tahun.
“ Wah, bersemangatnya Ayu. Apa kes? Dari jauh
menjerit macam nak runtuh bangunan sekolah kita ni” balas Wawa dengan bersahaja
dengan gelak ketawa yang menampakkan kecomelannya. Ayu menarik tangan Wawa ke
suatu sudut yang terlindung daripada cahaya matahari yang boleh membuatkannya
cair kerana kepanasan. Dia tahu Wawa merupakan pelajar terbaik di sekolahnya
itu. Tiap-tiap tahun dia menerima anugerah daripada pengetua sekolah atas
pencapaiannya. Semua guru yakin Wawa akan mendapat result STPM yang cemerlang
tahun ini. Wawa sudah mengagak ada berita gembira daripada keputusannya. Sengaja
tidak mahu menjawab.
“ Tak tahu. Ayu cakaplah” jawab Wawa. “
Emm..tak bestlah Wawa ni. Tahu tak Ayu dapat markah tertinggi lagi midterm ni. Congratulation Wawa” Ayu bersorak gembira sambil memeluk Wawa. Wawa
kehilangan kata-kata. Tenggelam dalam pelukan erat Ayu yang terlalu gembira
akan kejayaan dirinya Jauh di sudut hatinya dia sangat gembira dengan rezeki
yang diberikan Tuhan. Namun di suatu sudut Wawa merintih adakah perkara ini
akan berterusan dalam hidupnya. Dia hanya mampu berdoa.
Di bilik guru pula, semua guru sibuk bertanya
kepada cikgu Hana yang merupakan guru kelas tingkatan 6 Dinamik tentang
keputusan pelajar terbaik di kelas cikgu Hana. Cikgu Hana memberitahu tidak
lain tidak bukan geng bas sekolah itu. Gelaran geng bas sekolah ini merujuk kepada
Wawa, Ayu, Fatin dan Izzati. Mereka menjadi perhatian para guru disebabkan
mereka pelajar yang pintar dan kerana sikap mereka yang sangat menghormati
guru-gurunya.
Tit..tit..tit bunyi seolah-olah bunyi
bom yang bakal meletup memenuhi ruang serba putih itu. Suasana suram
menyelebungi bukan sahaja di setiap segenap ruang namun di hati insan yang
telah menjaga dan melahirkan anak perempuan yang sangat mereka sayangi.
Terguris hati melihat anak kesayangan mereka terlantar lemah di atas katil wad
pesakit ini. Datuk Ismail dan Puan Naziha merenung kasih Imratul Najwa bagai
menatang minyak yang penuh. Tidak pernah terduga bahawa Wawa anak kesayangan
mereka disahkan menghidap leukimia. Hampir setahun usaha dilakukan bagi
memulihkan keadaan Wawa dan doktor mengesahkan kesihatan Wawa semakin membaik.
Sel darah putihnya semakin berkurang. Alangkah gembira puan Naziha dan Datuk
Ismail mendengar perkhabaran itu malah senang melihat Wawa yang bersemangat
untuk memulihkan penyakitnya. Namun tiga hari yang lepas, Wawa pulang daripada
berkhelah dengan sahabatnya, mukanya pucat dan tidak bermaya. Selepas solat
maghrib secara berjemaah, Wawa pengsan tidak sedarkan diri di atas sejadah.
Sejak hari itu Wawa terlantar koma dan doktor memberitahu penyakitnya ini
menyerang kembali. Hancur hati seorang ibu namun tiada istilah terlambat untuk
mereka merawat Wawa.
Dengan perlahan-lahan Wawa mengangkat
kepalanya. Dia terasa asing dengan keadaan sekelilingnya. Kepalanya berat bagai
ada batu yang menghempap kepalanya. Namun digagahkan juga. Terasa sakit di
seluruh badannya membuatkan pergerakan Wawa terbatas. Dia memandang sekeliling,
tahulah dia bahawa dia berada di hospital. Hospital ini tidak asing lagi buat
Wawa. Hospital ini ibarat rumah keduanya. Wawa dapat meneka apa yang terjadi
dengan dirinya. Penyakit yang selama ini dia hidapi menyerang kembali. Hancur
seluruh harapannya untuk menjaga dan membahagiakan mama dan papanya. Wawa
menangis bersendirian mengenangkan apa yang bakal terjadi dengan keluarganya.
Belum puas rasanya bermanja dengan mama, papa, abang dan kakaknya. Dia terimbau
kenangan bersama sahabat-sahabatnya, Ayu, Fatin dan Izzati betapa sayangnya Wawa
dengan mereka. Dia tidak mahu membuat orang yang dikasihinya bersedih namun
takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menyangkal.
“ Mama.... kakak....” rintih Wawa dengan
tangisannya yang masih menggila kerana Wawa tidak dapat menahan kesedihannya
membuatkan Puan Naziha dan kakaknya Ika Nazira yang baru masuk ke dalam bilik Wawa
terperanjat lalu berlari mendapatkan Wawa yang sudah lemah kerana menangis dan
di tambah dengan keadaan dirinya yang sudah terlalu lemah kerana tidak menjamah
makanan sejak Wawa koma 3 hari yang lalu.
“Adik sakit ma, kakak... adik sakit” menitis
air mata seorang ibu dan kakak melihat keperitan yang di tanggung oleh adik
kesayangan mereka. Tidak tertahan rasa hati melihat Wawa dalam keadaan begini.
Namun keluarga Wawa akan sentiasa berada di sisi Wawa dan mendoakan
kesihatannya. Ika dan puan Naziha memeluk erat Wawa cuba memberi aura semangat
dan ketabahan kepada gadis pengarang jantung keluarganya. Sedikit demi sedikit
Wawa mula bertenang setelah mama dan kakaknya menenangkan di tambah kehadiran
abah tersayang yang sama memberi kata-kata semangat kepada Wawa. Berbeza dengan
datuk Ismail, dia tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan Wawa, namun Wawa
tahu abahnya turut bersedih dengan kesakitannya yang di tanggungnya.
“Hei, anak abah ni kenapa sedih-sedih. Ingat
tak abah pernah kata setiap yang berlaku ada hikmahnya. Abah, mama, kakak Ika
dengan abang kan ada dengan adik. Adik kan pengarang jantung abah ni. Takkan
nak kak Ika ambil alih tempat adik” kata datuk Ismail yang cuba memujuk Wawa
dan hati tuanya begitu gembira melihat Wawa kembali bersemangat.
“Kak Ika jangan berani-berani ya ambil tempat
adik. Siap kakak. Adik bagitau rahsia kakak dengan abah” ugut Wawa dengan suara
manjanya dan tersenyum riang. Dia mengetahui rahsia kakaknya yang sudah
memiliki buah hati yang sama-sama bekerja di tempat kakaknya bekerja. Abahnya
pandai memancing emosinya. Suasana yang sedih itu bertukar gembira dan
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Dalam hati Wawa memanjatkan
kesyukuran kerana memiliki keluarga yang baik dan sering berada di sisinya. Dia
redha andai takdirnya di dunia ini hanya sekejap.
Semakin hari keadaan Wawa semakin parah. Kini
Wawa menetap di hospital sebagai rumah keduanya. Namun rahsia tentang
penyakitnya masih disembunyikan daripada pengetahuan sahabat baiknya. Wawa rela
daripada terpaksa melihat air mata mereka berguguran kerananya. Pihak sekolah
sudah dimaklumkan tentang keadaan Wawa namun datuk Ismail minta hal ini
dirahsiakan atas permintaan Wawa. Saban hari persahabatan Wawa dan
rakan-rakannya semakin renggang. Ayu yang cuba menanyakan hal ini turut terluka
apabila Wawa mengatakan yang dia akan berpindah ke sekolah baru dengan
rakan-rakan yang baru. Terluka hati Ayu, Fatin dan Izzati mendengar apa yang
keluar daripada mulut Wawa. Akhirnya, persahabatan yang terbina lapan tahun
terputus begitu sahaja. Amat berat dirasakan oleh Wawa tetapi hanya itu jalan
terbaik baginya. Jauh di sudut hatinya dia amat menyayangi mereka. Biarlah
Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Wawa menanggung perpisahan ini.
Tiga
bulan kemudian....
Kelas
pertama bermula di kelas 6 Dinamik seperti biasa. Cikgu Hana masuk ke kelas
dengan tenang dengan membawa sesuatu untuk Fatin, Izzati dan Ayu. Namun di mata
pelajarnya, Cikgu Hana sedang bersedih. Cikgu Hana tidak memulakan pembelajaran
sebaliknya memanggil Fatin, Izzati dan Ayu ke mejanya. Semua pelajar bingung
dan bersoal jawab sendiri. Tanpa kata Cikgu Hana menyerahkan sepucuk surat
kepada Ayu dan mengarahkan supaya mereka bertiga membacanya.
Assalamualaikum kepada sahabat yang Wawa kasihi...saat kamu
membaca surat ini Wawa sudah dijemput kembali kepadaNya. Maafkan Wawa kerana
selama ini Wawa merahsiakan penyakit Wawa. Wawa sakit leukimia Ayu, Fatin,
Izzati. Wawa sakit..terima kasih kerana menyayangi Wawa dan menganggap wawa
sebagai sahabat baik kamu. Namun umur Wawa tidak panjang untuk terus bersahabat
dengan kamu di dunia ini. Maafkan Wawa kerana memutuskan persahabatan kita.
Wawa tidak sanggup melihat kamu manitiskan air mata. Namun ketahuilah Wawa sangat
menyayangi kamu. Maafkan segala silap Wawa....halalkan segalanya untuk Wawa
ya....
Daripada insan yang menyayangi
kamu....
Setahun
kemudian...
“Wawa...Ayu
dah khatam semua buku yang Wawa bagi. Terima kasih banyak Wa. Ayu akan simpan
buku ini sebagai kenangan yang paling terindah yang pernah Wawa hadiahkan buat
Ayu. Tenanglah di alam sana wahai chingguku.
Semoga Wawa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman” ucap Ayu dengan
penuh syahdu. Setahun sudah berlalu pemergian Wawa ke Rahmatullah. Betapa
rindunya dia terhadap Ayu. Namun hanya melalui doa dia titipkan untuk Wawa.
Usai membacakan yassin Ayu melangkah meninggalkan pusara Wawa dengan hati yang
tenang. Kenangan bersama Wawa akan disematkan dalam memori dan hatinya. ‘Ayu
sayang Wawa’ getus hati Ayu. Diseka air mata yang mengalir lalu mendapatkan
Fatin dan Izzati yang menunggunya di sisi kereta. Mereka berpelukan sebelum
masing-masing membawa destinasi demi masa depan kelak. ‘sampai kita berjumpa
lagi wahai chingguku’.
*Chinggu (bahasa korea)
: sahabat/ rakan
Siti Aminah binti Salleh
No comments:
Post a Comment