![](file:///C:/Users/Lenovo/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.gif)
6 DISEMBER 2013
Bersempena
dengan Program Kelas Al-Quran Dan Iqra' UMS Siri II/2013, Unit Hal Ehwal Unit
Hal Ehwal Islam dan Masjid (UHEIM) telah mengadakan aktiviti sukaneka yang
melibatkan pelajar dan ibu bapa di Perkarangan Masjid kelmarin.
Menurut
Ketua program, Ustazah Noorisah Taljid, aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk
memupuk tali siratulrahim dan mewujudkan persaingan sihat melalui pertandingan
sukaneka di antara ibu bapa dan pelajar bersama para pembimbing kelas.
Sukaneka
tersebut melibatkan pertandingan bagi tiga kategori umur, iaitu kategori
pelajar lelaki dan perempuan berumur 4 hingga 6 tahun, lelaki dan perempuan 7
hingga 9 tahun, dan lelaki dan perempuan 10 hingga 12 tahun. Acara yang
dipertandingkan adalah seperti membawa bola dalam sudu, tiup belon sampai
pecah, musical chair, makan biskut paling cepat dan treasure hunt.
Tidak
ketinggalan para ibu bapa juga turut serta dalam pertandingan boling padang dan
mencipta pakaian kreatif, untuk mengasah bakat yang terpendam.
Program
kemudiannya diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang
pertandingan sukaneka dan solat Zuhur berjemaah.
Ar-Rahim bin Abu...
No comments:
Post a Comment