Monday, December 9, 2013

“MEMANTAPKAN IBADAH MEMBENTUK MASYARAKAT CELIK JIWA”

Bersama peserta Kem Ibadah 

30 NOVEMBER 2013
     Bersempena dengan cuti sekolah akhir tahun, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS telah mengadakan program Kem Ibadah di Masjid UMS.
      Kem Ibadah tersebut dibuka kepada anak-anak kakitangan UMS dan pelajar sekitar Kota Kinabalu berumur antara 10 sehingga 17 tahun. Hal ini kerana, para pelajar baru sahaja menjalani cuti hujung sekolah. Program ini sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit, dan lain-lain lagi.
      Menurut pengarah program kem ini, Ar-Rahim bin Abu Hanifah, kem ini dianjurkan bertujuan untuk membina jati diri dalam kalangan pelajar disamping memperkukuhkan ilmu ibadah asas seperti tatacara berwuduk dan solat, sekali gus membentuk masyarakat celik jiwa.
       Para pelajar juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghargai jasa ibu bapa, saling hormat-menghormati serta memupuk silaturahim antara peserta dan pembimbing program. Hal ini dilakukan oleh fasilitator semasa malam apresiasi kesenian islam dan malam penghayatan pada pukul 12.30 malam.
      Menariknya program ini bukan saja menyajikan santapan kerohanian tetapi juga memantapkan fizikal dengan permainan sukaneka dan gotong royong yang dijalankan oleh fasilitator. Kelansungan program ini amat bermakna dengan kehadiran pelajar tahfiz dari Bandar Kota Kinabalu yang berdekatan dengan Wisma Persekutuan.
      Kem ibadah tersebut telah berjaya menarik penyertaan lebih 40 orang pelajar untuk menjayakan program ini yang  bermula 29 November dan akan berakhir pada 1 Disember.


No comments:

Post a Comment