SAAT
“PELANGI SENJA” MUNCUL TIBA
“Ibuu”.. jerit Nordiana. “Dian
nak cakap sesuatu dengan ibu”. Penting sangat… sambil tersipu-sipu Dian
berkata. Lipatan baju kurung merah terhenti buat seketika… “Dian nak cakap apa
nak”…? jawab Masnah pada anak
tunggalnya. Dengan perlahan masnah menarik nafasnya… Dian terus melabuhkan badan ke pangkuan
ibunya. Sambil bermanja dia berkata, ibuu…. Dian nak cakap sesuatu dengan ibu,
tapi bukan sekarang. Masnah yang berada dalam keadaan penat itu terus mengusap-
usap rambut Dian yang panjang bagai mayang mengurai. Sebak yang dirasakan masnah
membuatkanya menitiskan air mata yang jernih. Kelopak mata terus berkaca. Tak
dapat masnah bayangkan sekiranya ayah Dian berada bersama.. Dian yang tadinya
hendak berkata sesuatu tertidur dalam usapan syurganya. Perlahan-lahan Masnah mengangkat kepala dian ke bantal di
tepinya….
“Didiklah anak dengan
baik, tunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang ibu.” Kata-kata itu masih lagi
terngiang-ngiang di telinga Masnah. Air mata jatuh berjurayaian bagaikan air
jeram yang deras.. tak tertahan hati dek
kesedihan… Masnah masuk ke dapur meluahkan apa yang terpendam…
Abang…! Abang… abaanngg….
Kenapa tinggalkan Masnah bang… mMasnah tak kuat bang…. Mas tak kuat bang…
Ibuuu.. sekali lagi suara
Dian mengejutkan Masnah yang sedang bersedih. Ibuuu, kenapa tinggalkan Dian
sendiri, ibu tak nak dengarka apa yang Dian nak beritahu….? Bu.. bu bukan.. ibu
tak nak dengar… tapi entah ibu tiba-tiba rasa sedih. Jawab Masnah yang sedang berpura-pura menyapu
lantai dapur itu…. Ibu menangis ker?? Ibuuu.. ibu janganlah sedih-sedih, Dian
tak boleh tengok ibu nangis… Dian yang masih lagi dengan perangai
kebudak-budakan itu terus memeluk ibunya. Ibu tau tak, Dian sayaaaang ibuuu…
sambil menitiskan air mata penyapu yang dipegang dilepaskan oleh Masnah. Mak da
tak ada orang lain lagi Dian. Hanya dian seorang je yang maka ada…. “Mak tak
nak kehilangan dia..” mak takut kehilangan Diaan… kedua beranak itu berpelukan
dengan penuh kasih sayang.
Teratak yang buruk itu
adalah kepunyaan Dian dan ibunya. Walaupun
dian berusia 11 tahun Dian banyak mempelajari erti kehidupan dari seorang ibu
tunggal. Masnah yang sedang menyapu halaman rumah itu berhenti buat seketika.
Sambil membetulkan anak tudungnya dia melabuhkan pungungnya diatas kerusi kayu
itu. “Abang… abang… mas rindu dekat
abang”. Desis hati masnah. Ya lah, arwah suami masnah tak berkesempatan untuk
membelai dan mengazankan azan di telinga Dian.. amat memilukan, kematian Hassan suami Masnah amat tragis dan menyayat hati sekali. Sambil kepala menggeserkan perut Masnah, Hassan sempat berpesan pada Masnah
yang mengandung 9 bulan itu. “ Kalau
anak kita lahir janji dengan abang, didik anak kita dengan baik” abang daa tak
lama lagi masnah, abang sakit sangat nii…. Air mata yang mengalir dipipi masnah
itu disaksikan oleh doktor yang merawat Hassan. Doktor Stephen juga tak tahan
dengan keadaan itu terus menitiskan air matanya…
siapa manusia yang tahan melihat ayah yang
sepatutnya akan mengendong anaknya akan
pergi buat selama-lamanya? Siapa manusia untuk tahan melihat Hassan yang kudung
kedua –dua tangan itu, tidak dapat
membelai perut isterinya yang sarat mengandung? siapa manusia yang tahan
melihat keadaan itu? Kepala yang menjadi pengganti tangan untuk membelai anak
dalam kandungan. Siapa kita sebagai manusia yang kerdil dapat melawan takdir
illahi… Ya Allah!.. sakit
sangat… amat menyakitkan situasi itu. nafas Hassan terhenti dalam usapan
isterinya yang tersayang. Masnah tidak mampu untuk berkata-kata. Lidahnya bagai
dijerut dengan duri yang berbisa. Hanya air mata sahaja yang menjadi pengganti
kata…. Abang… abaannng… ya Allah…
Allah… Masnah menjerit sekuat hatinya, sambil
mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi
rajiun. Masnah menyapu dahi abangnya yang tercinta.
Ya Allah sangat
menyedihkan. Tak tergambar oleh kata-kata. Ya Allah tabahkan hati masnah ya
Allah! “Mas ingat kita memang orang
susah, bekalkan pelajaran buat anak kita nanti ya. Hanya pendidikan sahaja
boleh mengubah nasib keluarga kita” kata-kata itu masih segar di ingatan masnah
walaupun sudah berlalu 11 tahun yang
lalu.
Masnah oiii… oooo masnah..
masnah tersedar dalam lamunan dan khayalannya. “Amboiiii… panjang bennoor ko
ngelamun nah…” sapa mak Ngoh yang lalu di kawasan rumah mereka. “Eh, kak
ngah..” tak sedaoor pulo yew, jawab Masnah
dengan nada yang terketar-ketar. Sambil tersenyum menyalam Kak Ngoh, Masnah mengesat air mata
yang masih tersisa dipipinya yang halus itu.. Kak dari mana ni dengan baju yang
mengkilat nii? Tanya Masnah untuk menutup apa yang dia khayalkan tadi. Ni aku
nak Tanya ko satu perkara, harap ko janganlah sedih yew…. Mata kau merah ni apa
hal Mas, ko masih tak redha ka abang Hassan tu pergi… Tanya Kak Ngoh dengan
nada yang terketar. Agak sukar masnah menjawabnya… akibat tak tertahan melihat
adik iparnya yang hidup dalam kerinduan dan hangatkan kasih sayang itu,
pecahlah kocak air mata Kak Ngoh. Pertanyaannya itu membuatkan dia tak tahan,
tanpa berkata apa-apa lagi, Kak Ngoh terus memeluk adik iparnya. Masnah yang
bertubuh kurus itu melepaskan rasa sakit yang terpendam dihati setiap kali
mengingatkan peristiwa itu.
2012 merupakan tarikh yang membahagiakan
masnah. Dian mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Sekolah Menengah
Kebangsaan Negeri Kelantan menjadi sekolah yang pertama dalam rekod keputusan
cemerlang untuk peperiksaan UPSR. Dian telah mendapat anugerah pelajar cemerlang
yang mendapat 6A dalam UPSR. Masnah menitiskan air mata gembira melihat anaknya
berjalan naik keB pentas menerima anugerah. Tatkala itu terdetik di hati
masnah, “Ya Allah kau saksikan lah anak aku… maafkan segala dosa suamiku, sesungguhnya
dia adalah kekuatanku ya Allah” masnah sempat berdoa untuk suaminya.
Tiada kata-kata yang dapat
diungkapkan oleh ibu tunggal itu, hanya titisan air mata yang dapat
menggambarkan perasaan Masnah ketika memeluk anak tunggalnya Dian. “Dian nak apa nak?” mak tak janji mak akan
tunaikan apa yang Dian nak tapi mak berusaha untuk Dian.” Dian hanya terpaku
diam melihat bibir ibunya yang berkata-kata itu. hati seorang ibu masih tak
mampu membaca isi hati anak yang menitiskan airmata itu. Dian hanya berdiam dan
tidak berkata sepatah pun. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Dian sempat
bertanyakan sesuatu kepada ibunya. Ibuu… “ibu tak nak ke berjual-jual kuih
depan rumah kita tu? Lagipun rumah kita tu kan laluan orang kampong buu…?” Masnah
hanya tersenyum melihat anak perempuannya itu. Sambil berjalan dian memegang
tangan ibunya dengan hati yang gembira.
Kedengaran bunyi hon
kereta yang lalu di tepi masnah. Peit, peittt…. “eh masnah, nak pulang rumah
ker?” Tanya Pak Ngoh, suami Kak Ngoh.
Ooo… abang rupanya, iya bang, Masnah dan Dian ni da nak pulang rumah. “ naiklah
kereta, saya nak pergi ke masjid depan tu haa, naiklah.” “Ajak suami kak ngah”
panas terik pukul 2 itu menyebabkan masnah tidak menolak pelawa suami kak ngah.
Bijak juga Masnah memanfaatkan pelawaan
abang ngoh tu ya… “Untunglah ko ni nah, bertuah benar kau dapat anak macam dian
ni” katanya. Dian hanya tersenyum sambil membelek-belek sijil keputusannya itu.
syukurlah bang, Dian seorang je harta yang berharga buat nah, nada sedih jelas
kelihatan pada suara Masnah,. Ialah, hanya Dian yang boleh menguatkan hatinya
untuk terus hidup. Dian, Diann… belajar elok-elok, buktikan bahawa orang susah
juga mampu untuk berjaya. Pesan Pak Ngoh Dian sambil menghulurkan sesuatu
kedalam poket bajunya. (Untunglah Dian kan, dalam poket mesti duit punya) Dian
menyalam tangan pak ciknya itu dengan wajah yang gembira. Tanpa berlengah,
mereka berlalu pergi meninggalkan kereta berwarna hitam itu setelah sampai
depan halaman rumah. Masnah hanya mampu mengucapkan terima kasih pada birasnya
itu.
“Ibu, ibuuu… ibu nak tahu
sesuatu ke dari dian..?” Masnah hairan melihat Dian yang berkata sedemikian. “apa
Dian?” Dian ni suka sangat buat mak suspen kan?” sambil memotong sayur terung
Masnah membelai umbun-umbun Dian. “ Ya Allah, alangkah gembiranya jika abang
Hassan dapat melihat kami saat ini” sekali lagi titisan air mata jatuh
bercucuran di kain batiknya yang berwarna hijau lumut itu” Ibu.. ibu ni kan…
suka sangat sedih-sedih, ibu tak gembira ke dengan result Dian tuu.. pujuk Dian
yang dianggap tidak mengerti apa-apa oleh masnah.
Yang haknya! tiada siapa
yang tahu apa yang terbuku dalam hati Dian tatkala melihat rakan-rakannya yang
sedang berbahagia dengan sebuah keluarga yang lengkap. Bukannya Dian tak
mengerti apa-apa! Bukanya Dian tak mahu bertanya! Tapi Dian tak mahu melihat
ibunya sedih dengan apa yang hendak ditanyakan.
Sambil memegang bekal yang
dibuat oleh Masnah, Dian mencapai tangan kanan ibunya untuk menyalam. Sempat lagi
Dian mengelap mulutnya dengan kain batik Masnah. Masnah hanya tersenyum melihat
kelatah Dian itu.. “ Ibuu.. Dian jalan dulu, balik dari sekolah Dian tolong ibu
kemas rumah, basuh pinggan, kain, lepas tu kita pergi turun sawah. Dian rindu
dengan semua tu” kata Dian sambil berjalan keluar pintu rumah. “hati-hati Dian”
pesan Masnah. Masnah meneruskan kerjanya di dapur. Entah sejak dua menjak ni,
lain macam perasaan Masnah. Denyutan di dahi, tiupan angin di telinga, denyutan
dibawah kelopak mata membuatkannya tidak selesa. Masnah malas untuk berfikiran
negatif, kemudian Masnah turun ke halaman sambil berbuai di bawah pokok mangga.
“ ayah.. ayah… Dian nak peluk ayah boleh?” Tanya Dian sambil memegang hujung
bajunya… “Dian kan anak ayah, kenapa pula tak boleh” jawab Hassan. Masnah
tersenyum melihat anaknya yang bermanja-manja itu… saat yang sangat bahagia
itu, tak dapat digambarkan oleh Masnah. ketika Hassan mengendong dian, Hassan
batuk mengeluarkan darah lalu jatuh terbaring di atas lantai depan beranda,
kerisauan Dian dan Masnah membuatka dua beranak itu menangis sekuat hati sambil
meyebut abang… abang.. ayah..
ayah..tolong jangan tinggalkan kami .. air mata dan keringat yang membasahi
leher Masnah membuatkan dia terjaga dari mimpinya. Astagfirullah hal aziem…! Ya
Allah, Hhuuu…hhmm… keluh masnah.
Masnah segera masuk
kedalam rumah dan menggambil air sembahyang untuk solat zohor. Selesai solat, Masnah
duduk di halaman rumah menunggu kepulangan anaknya Dian. “kemana pula si Dian
ni?” dah pukul 2.30ptg, tak balik-balik lagi… hhhmmm… keluh si ibu tunggal itu.
lama juga Masnah duduk depan rumah menunggu Dian. Masnah masuk ke dapur untuk
menyediakan makanan buat anak tunggalnya. “Haa ni mesti Dian suka makan, ikan Keli
masak lemak cili api.” Bisik hati Masnah, sambil tersenyum mengangkat lauk itu.
Belum sempat Masnah meletakkan pinggan berisi itu di atas meja, berkecai
pinggan putih milik Dian itu di atas lantai.
La ilaha illallah! Lahau la wala quwata illah
billah hil aliyyil aziem…. Masnah menitiskan air mata, seperti ada sesuatu yang
berlaku dengan anaknya Dian. “Ya Allah… Allah.. Allah.. jangan ambil Dian ya
Allah. Saat sedih itu tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Hanya air mata
yang mengubati rasa sakit dihati ini.. ya Allah tabahkan hati Masnah.. tanpa
mengemas pinggang yang pecah itu, Masnah berlari menuju ke sekolah Masnah.
Masnah macam orang tak waras berlari-lari sambil menangis. “Nah! Nah.. nah..
engkau ni kenapa?” Tanya kak mila jiran sebelah.
Siapa kita? Siapa kita
untuk menduga sesuatu. Siapa kita yang dapat mengawal perubahan. Ingat kita
bukan tuhan untuk mencatu sesuatu yamg berlaku dalam masa yang tertentu.
Belum sempat Masnah
menutup pagar rumah, berhenti sebuah kereta berwarna kelabu biru. Masnah menoleh sambil melap air matanya. Hati
seorang ibu yang resah dan gelisah, datang menghampiri kereta itu, belum sempat
Masnah mendekatinya cikgu Othman keluar dengan wajah yang sedih bagai monyet
kematian pokok pisangnya.
Cikgu… ada apa cikgu?
Kenapa cikgu? Sambil terketar-ketar Masnah bertanya pada cikgu Othman. Sedih nada
kak Masnah bertanya dengan cikgu. Jawablah cikgu.. Masnah mula menitiskan air
matanya, jangkaanya memang tak dapat disangkal lagi, sesuatu yang berlaku pada
Dian. Ya Allah! Tak dapat saya Bayangkan
keadaan ibu tunggal itu.
“kak Masnah, akak sabar
yaa…. Cikgu juga menitiskan air matanya…” mari kita pergi lawat Dian kak” kata
cikgu. Ya Allah! bagai berdentum resah gelisah di hati Masnah” curahan air mata
tak putus-putus mengalir. “ujian apa lagi ya Allah yang engkau berikan” bisik
hati kecil Masnah. Sepanjang perjalanan ke hospital tidak ada sepatah pun kata
yang terkeluar dari mulut kedua-duanya. “cik, Nordiana Hassan bilik yang mana
satu?” Tanya kak Masnah kepada jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan itu.
sesudah mendapatkan nombor bilik, Masnah
bergegas ke wad tempat Dian di rawat. Linangan airmata yang membasahi dukanya
selama ini dirasai semula. Teringat sewaktu Masnah melawat suaminya semasa
mengandungkan Dian. Semua orang yang lalu lalang melihat kak Masnah dengan
penuh kesedihan. “ Ya Allah!... laa ilaha illallah…. Ucap Masnah yang tak
putus-putus menenangkan dirinya. Tudung putih yang kusam itu bertambah kusam dengan titisan airmata Masnah. Cikgu
yang mengekorinya dari belakang hanya mampu mengesat air mata yang keluar dari kelopak
matanya.
Ya Allah!.... Tangisan dan
raungan mengiringi Masnah, saat melihat
anaknya yang terlantar di wad icu itu. Meremang
bulu roma… Hanya raungan yang menggemakan suasana sunyi itu, mak Ngoh dan
birasnya hanya mampu menyapu belakang Masnah. “ sabar Masnah!” Allah sayangkan
mas! Pujuk kak Ngoh, Allah beri ini semua untuk mas peroleh di akhirat!
Ya Allah! “kenapa harus
aku ya Allah”…. Masnah meraung melihat anaknya yang tidak terdaya itu. siapa
kita untuk mengawal setiap qada’ dan qadar ilahi.. tidak dapat kita menjangka Dian kudung
kedua-dua tanganya.
Sambil terketar-ketar Dian
menyebut ibuu.. “ibuu..buu buu….” Dengarlah buu.. maaf bu, Dian menyusahkan
ibuu.. buuu. Dian tak dengar cakap ibu. “buuu..buu macam mana dian nak bantu
ibu kemas rumah.. Ya Allah! Sebak dada melihat keadaan dian yang masih manja
itu. “ibu macam mana Dian nak basuh kain… nada yang sedih dan lemah itu
memecahkan keheningan sunyi asar itu.. bagai luntuh hati, terpanah petir saat
mendengar Dian merayu-rayu meminta tanganya semula. Takdir ilahi sudahpun
tertulis dalam kehidupan manusia, kita tidak mampu melawan takdir yang Allah
berikan! Masnah hanya menangis dengan sepenuh hatinya, bagaikan terhenti
jangtung Masnah mendengar kata-kata anaknya itu. “Dian… Diaann… anak mak!”
hanya suara sedih menyelubungi suasana itu.
Dian semakin lemah akibat
terkena renjatan elektrik sewaktu melalui kawasan perumahannya. Mujur cikgu
Othman melihat Dian yang terketar-ketar memegang wayar di atas kepalanya…. “Allah
sebenarnya hendak menguji kita, semakin kita dekat padanya semakin besar ujian
yang kita hadapi. Itu sudah menjadi sesuatu yang pasti dalam hidup.”
Dian.. Dian… maafkan mak
Dian, mak tak dapat jaga Dian dengan baik…. “Ya Allah, engkau ambillah nyawa
aku sebagai pengganti nyawa Dian ya Allah.” Bisik hati masnah. Diann… “Dian
jangan tinggalkan ibu ya Dian….” Pohon masnah. Dianlah nyawa mak sebenarnya..
kata Masnah pada Dian. Sambil Masnah membelai dan mengusap rambut Dian sempat
lagi Dian berkata-kata… ibuu… buuu… ibu tau tak apa yang Dian nak bagitau pada
ibu selama nii…. “Dian sayang ibu..” ibu sayang Dian. Jawab Masnah… ibu Dian
nak sangat jumpa ayah. “Dian tak pernah jumpa ayah… ibu da janji bukan nak apa
yang dia nak…” ya Allah. Bagai kiamat rasanya hati masnah mendengar apa yang
dikatakan oleh anaknya itu…. tak tertahan airmata cikgu Othman yang menyaksikan
keadaan itu… kak ngah juga turut menitiskan air mata…
Ya allah…. Tolong… tolong
jangan ambil anak aku… raung masnah dalam bilik itu… dian yang semakin lemah
itu terus menerus bertanya ibuu.. selama ni dian ingin sangat memeluk ayah.
Dian sayang ibu… tolonglah buuu… ayah mana buu… Tanya dian dengan nada yang
lemah tetapi penuh makna.
Kita hanya manusia biasa,
kita tak terdaya untuk menolak apa yang ditakdirkan buat kita. Kuatkanlah ya
Allah semangat masnah. Ibuu… buu.. ini permintaan Dian yang terakhir buu,
tolonglah… tanpa disangkah dan diduga Dian
menutup mata buat selamanya…. Nafasnya terhenti seiring dengan soalanya untuk
bertemu ilahi…. Bukan itu yang dipinta oleh dian, tapi itulah surantan hidup
dian… sayu pilu hati saat menyaksikan keadaan dian yang masih mentah itu lagi….
Ibu mana yang tidak berasa sedih melihat anaknya yang kembali menghadap illahi
tanpa fitrah yang lengkap….Tak ada lagi teman Masnah menyapu rumah, membasuh
kain, tak ada lagi tangan yang akan menyalam tanganya, tak ada lagi ciuman yang
menyentuh dahinya… amat memilukan, sungguh menyedihkan hidup Masnah yang penuh
dengan dugaan dan cabaran.
Diann… Diannn…. Jangan
tinggalkan mak Dian… Masnah yang menangis meraung-raung itu di saksikan
oleh kak Ngoh dan cikgu Othman. tak di sangka oleh Masnah, salaman, ciuman
dan pelukan terakhir ialah pagi tadi. Kini hidup Masnah sungguh sepi. Tiada
lagi soalan ““Ibu, ibuuu… ibu nak tahu sesuatu ke dari dian” tiada lagi suara
dian yang manja itu…..
Masnah tersedar dari
lamunannya saat pelangi senja mula
melabuhkan tirai malamnya…hanya air mata yang dapat menggambarkan betapa sunyi
dan sepinya hidup Masnah..
Ya Allah aku mohon
padaMu titipkanlah seseorang buatnya…… Engkau bukan mengetahui ya Allah, tetapi
Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buatnya....RAHIM ABU HANIFAH...