Sunday, January 12, 2014

Musim Peperiksaan Tiba!!

Semua pelajar tidak terlepas daripada peperiksaan baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Begitu juga yang dialami oleh para siswazah Universiti Malaysia Sabah yang sedang menghadapi musim peperiksaan. Suasana UMS begitu lengang kerana siswa siswi sibuk mengulang kaji pelajaran di asrama masing-masing dan ada yang membuat ulang kaji bersama rakan-rakan di perpustakaan.

Peperiksaan bermula pada 30 Disember 2013, merupakan saat-saat para pelajar meluahkan dan memuntahkan segala ilmu yang dipelajari selama 5 bulan bersama pensyarah masing-masing di setiap sekolah. Peperiksaan inilah yang menentukan tahap seseorang individu itu sama ada ilmu yang ditimba dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjawab soalan peperiksaan atau tidak.

Dewan Kuliah Pusat Baru(DKP Baru) menjadi tumpuan para pelajar untuk menduduki peperiksaan masing-masing. Sudah menjadi amalan setiap kali musim peperiksaan tiba, para pelajar akan datang awal sejam daripada masa peperiksaan bermula untuk memastikan mereka tiba di tempat peperiksaan awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku sekaligus menyebabkan masalah kelewatan. Hal ini bukan sahaja menghalang memberi masalah kepada pelajar itu sendiri, malah mengganggu tumpuan para pelajar lain yang sedang menduduki peperiksaan.




Suasana di Dewan Peperiksaan 


Sebagai pelajar yang berjaya, adalah sebaik-baiknya mengamalkan tips-tips peperiksaan yang smart agar peperiksaan yang berlansung tidak mengalami sebarang masalah dan pelajar dapat menjawab dengan baik. Antara tips-tipsnya yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah ;
1.      Datang awal ke dewan peperiksaan
2.      Membuat semakan slip peperiksaan, Kad Pengenalan      pelajar dan Kad Matrik
3.      Mengambil sarapan pagi yang berkhasiat untuk              mengelakkan masalah sakit perut.
4.      Membawa peralatan dan alat tulis yang lengkap
5.      Memakai baju formal
6.     Tidak membawa sebarang nota-nota dalam dewan            peperiksaan



Mustika binti Derise

No comments:

Post a Comment