Dijilat Api- "Kecil2 Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan"
17 December 2013 menyimpan kenangan pahit bagi
warga Tawau yang tinggal di Batu 4 Jalan Apas. Penduduk Tawau digemparkan dengan
kebakaran yang berlaku di kampung Air yang rata-rata di diami oleh masyarakat
Bajau dan Suluk. Kebakaran berlaku lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi apabila kebanyakan
penduduk sibuk keluar bekerja. Kebakaran yang berlaku telah menjilat lebih
kurang 82 buah rumah penduduk. Dilaporkan lebih penduduk kampung mengalami
kerugian yang banyak kerana ramai antara mereka tidak sempat menyelamatkan
barang-barang berharga kerana api marak dengan cepat. Suasana kecoh
menyelebungi penduduk di kampung Air kerana masing-masing cuba menyelamatkan
diri.
![]() |
Kebakaran
yang terjadi turut memusnahkan rumah seorang nenek yang baru sahaja kehilangan
suami pada 23 November 2013 iaitu Samanang binti Abdul Rahman. Beliau baru
sahaja kehilangan suami, bersedih kerana rumah bekas peninggalan suaminya hangus
terbakar. Tiada satu pun barang hak milik arwah yang dapat diselamatkan. Pada
ketika itu, anak bongsunya yang tinggal bersamanya sudah keluar bekerja.
Mujur pada ketika itu, beliau berada di rumah anak perempuannya yang sulung di kampung
bersebelahan. Nenek yang sudah uzur ini hanya memohon agar sekeping gambarnya bersama arwah
diselamatkan. Namun tidak berjaya. Apa yang tinggal hanyalah memori arwah yang
masih segar dalam ingatannya. Semoga nenek tua ini dapat menerima ujian Allah
dengan tenang dan meredhakan pemergian suami tercinta.
Siti Aminah binti Salleh




No comments:
Post a Comment