Thursday, December 5, 2013

Dialah Ubatku



Ubatku
Terima kasih kerana telah melahirkanku
Merawatku dan membesarkanku
Engakau la ubat yang paling mujarab
Sehingga aku dapat hidup disampingmu selalu
Cintaku padamu  tiada tandingannya
Tiada sempadan
Tiada bayaran biar sesen pun
Tiada siapa tahu kecuali Allah.

Andai aku disampingmu kala ini
Ingin aku merawat dan menemanimu
Dikala engkau sakit
Dikala engkau bersedih
Dikala engkau merindui
Wajah tua yang telah pergi menghadap Ilahi
Aku tidak tahu apa isi hatimu
Tetapi aku tahu,  raut wajahmu itu
Sangat  merinduinya.

Jangan bersedih wahai penawarku
Anakmu akan menjagamu
Seperti engkau dan wajah tua itu merawat kami
Penuh kasih  walaupun dalam sederhana
Kami  ingin engkau melihat kejayaan anakmu
Itulah hadiah kami buatmu dan wajah tua itu.




Mustika binti Salleh


No comments:

Post a Comment