Thursday, February 20, 2014

~ insan ~

Jangan pernah sesekali meletakkan dirimu diatas! Apabila itu berlaku, kau hanya akan melihat siapa yang berada di bawah anda.  Bukankah pepatah melayu pernah mengatakan “resmi padi makin berisi makin tunduk” mengapa kita harus menikut resmi lalang? “makin berisi makin jenjang!” jawapannya kerana kita ialah insan… cuba anda fahamkan apa yang dimaksudkan dengan “insan”…….


Posted by kamiyrara group J

Berhati-hati menjaga lidah



Jangan pernah sesekali anda membeza-bezakan seseorang, ketahuilah kita ini hanyalah  insan biasa… jangan ada yang tergores hati akan kata-kata yang dilafazkan oleh lidahmu!

~Ingat!~ jawapan imam Al-Ghazali pada muridnya “LIDAH  MANUSIA  LEBIH  TAJAM  DARI  MATA  PEDANG”
Berhati-hatilah menjaga lidah…


Posted by kamiyrara group J

Tuesday, February 18, 2014

renung-renungkan.. :) ;) :)


Jangan pernah diperkecilkan akan kekurangan seseorang, kita diciptakan oleh-NYA untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Harus diingat! Disebalik kekurangan seseorang itulah kesempurnaan dirinya. 

Saturday, February 8, 2014



~ Lidah  Sang Pendosa Berbicara ~

Pernah terfikir atau terlintas dalam benak fikiranmu tentang sebuah tangisan? Ketika kau dilahirkan dan meningkat dewasa… meneruskan perjalanan hidupmu sehingga sampai waktu yang dijanjikan, adakah terfikir olehmu tentang sebuah tangisan… Kau punya akal fikiran, hati dan perasaan… cuba kau fahamkan, tangisan…

kehidupaan manusia sering diselitkan dengan air mata...
waktu dilahirkan diiringan dengan tangisan dan air mata...
dalam kehidupan seharian sering pula menitiskan air mata…
terhadap perkara yang boleh membuat ianya tertitis...
dan terakhir sekali waktu jasad diusung ke tanah perkuburan juga diiringi dengan air mata dan tangisan...
ingattt.... jangan biarkan kita terus menangis di Alam yang satu lagi..~~~
Pilih jalanmu wahai sahabat…

~ tangisan pendosa ~