iktibar!! waraslah sebagaimana warasnya akalmu... jangan biarkan nafsu menguasai dirimu!
• Kisah yang
WAJIB anda baca :
" Ayah , Bagilah Balik Tangan Ita. "
Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat
melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.
Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain
buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelih
atan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati.
Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap,
lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan
melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu
rumahnya, Narti.
Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar,
berbatik-batik.
Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
"siapa punya kerja ni?"
Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti
menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri pula.
Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat
ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru
kepada ibu dan ayahnya.
Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam
ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa,
menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga
raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
apa-apa melaung kesakitan kesakitan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang
tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat
apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian
tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si
ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat
menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil
itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.
Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja
membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti
berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan
ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan
ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.
"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.
Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk
bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia
menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila
tidak sihat.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa
suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita
pergi" kata majikannya itu.
Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau
dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk
ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik
doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi
gangren sudah terlalu teruk.
"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan
dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata
doktor.
Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar
kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat
kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua
tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu
rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam
seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah
pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya
berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
"Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng
kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.
"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..
Pengajaran daripada cerita:
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih
sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah
anda...."
jadikan iktibar! kelak kau jua bergelar ibubapa... :) :) :)